Assalamu'alaikum.
Ketam masak hentam aje la labu...
Aku memang jarang sangat beli ketam. Terlalu jarang. Dah tiga tahun tak makan ketam. Mungkin sebab harga ketam yang agak mahal atau mungkin sebab aku sendiri yang tidak berapa pandai nak siang dan masak ketam ni yang menyebabkan aku kurang berminat nak beli ketam. Tahun ni baru aku mula beli ketam. Itupun baru dua kali beli.
Baru-baru ni, aku beli la jugak empat ekor ketam bersaiz kecil. Harga untuk empat ekor tu dalam RM29. Tu yang aku beli. Kalau harga sampai RM30 ke atas, memang takde la aku nak beli aihh..
Ada sesiapa tahu macam mana cara yang betul nak siang ketam? Aku sekadar buang cengkerang dia dan buang selaput kat dalam tu je. Selebihnya, aku memang tak tahu.
p/s: Sedap makan, sedap jugak la penyakit datang.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^