Pages

Tuesday, October 29, 2019

Kapur Panda: Kapur untuk tukang jahit.

Assalamu'alaikum.

Kapur Panda: Kapur untuk tukang jahit.


Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak beli kapur panda ni. Pertama kali aku tengok kapur ni masa aku tengok seorang tukang jahit dok up video dia buat pola baju. Aku ada tinggalkan komen dan tanya di mana dia beli kapur yang dia guna tu tapi takde respon. Geram la jugak tapi takpe, sabar... 😌😌😌


Selang beberapa hari lepas tu, aku nampak ada orang tag kedai jahit online fairus tailor ni di ruangan komen. Terus aku terjah nama yang di-tag tadi. Tapi, masuk dalam grup la pulak dan aku tak boleh nak tinggalkan komen sebab aku bukan ahli grup. Jadinya, aku terus cari wall owner dia dan jumpa. Terus aku hantar mesej dan bagitau yang aku nak beli kapur panda tu. Ada la dia punya discussion tapi yang tu off record la. Haha.


Aku beli sekotak kapur panda ni dengan harga RM19. Campur postage RM8. Maka, jadilah dia RM27. Okay la tu sebab satu kotak kapur tu ada 50 keping. Saiz dia pulak 1 1/2 inci X 1 1/2 inci. Kecil comel je. Kalau buat saiz besar, lagi susah nak jaga sebab mudah pecah. Baiklah buat saiz kecik terus.




Masa dapat parcel tu, pelik la jugak. Kenapa la besar sangat bungkusannya sedangkan jika diikutkan, kotak kapur panda tu kecik je. Dah bukak parcel tu, barulah aku tahu kenapa. Rupanya kapur panda ni sangat rapuh. Walaupun dah dibungkus dengan tebal, tetap ada yang pecah. Tapi jangan risau ya sebab bahagian kapur yang pecah tu masih boleh digunakan. 






Siapa berminat nak beli kapur panda ni, boleh la whatsapp atau hantar je mesej di inbox tuan punya wall ni iaitu Fiq Fairus. Aku rasa kat Shopee pun ada kot sebab masa aku google hari tu, aku ternampak dan masuk kat situ. Tapi yang aku punya ni aku order melalui mesej di inbox facebook je. Maklum la, aku kan takde whatsapp. 😁😁😁


p/s: Bab kapur dah selesai. Aku beli sekotak terus. Tapi kena simpan elok-elok sebab takut pecah. Alhamdulillah, ada juga rezeki aku untuk memiliki kapur ni.
.

Friday, October 25, 2019

Teman penghibur.

Assalamu'alaikum.

Teman penghibur.


Ni la dia teman penghibur aku. Kalau aku buat kerja kat luar rumah, kat situlah dorang menempel sama. Kalau aku sibuk di dapur, dorangpun sibuk juga memanjat kaki aku sampai naik berparut dah paha aku asyik kena panjat dengan dorang je. Dah la kuku masing-masing punya la tajam.


Aku suka ambil gambar dorang. Saja aku simpan sebagai kenangan. Suka tengok aksi dorang yang acah-acah comel tu. Haha.






















 ^
Ni anak kucing yang orang buang depan rumah aku. Aku namakan dia Sylsvester. Kadang-kadang aku panggil dia Citam. Rasanya ada la dalam tiga bulan aku bela dia. Sayangnya, kelmarin (23/10/2019) dia dah mati. Tak tau sakit apa sebab sebelum ni dia elok je sihat. Dah sampai masa dia nak pergi. Reda aje la.
v





Yang sekor ni pulak, yang namanya Olen ni, dia pantang nampak aku nak potong kain atau menjahit atau lepak-lepak nak baca novel. Ada je dia mengacau. Dia nak minta perhatian la tu. Takpe, layankan aje la. Esok kalau dia dah takde, teringat-ingat pulak, kan?






















Yang gambar bawah ni pulak, dia memang sengaja pi landing atas mesin jahit aku tu. Aku ada letak kain yang aku sedang jahit kat situ. Bila nampak dia nak landing je, aku alih la sikit kain tu. Boleh pulak dia pergi bangun dan baring pulak atas kain tu. Dah la kain tu warna putih. Terus aku angkat kain tu dan letak tempat lain. Tapi sebelum tu, aku bagi la dia dua das jentikan kat kaki dia tu. Biasa dia tu nak dengki-dengki..... Haha. Tapi bila tengok muka toya dia tu, aku gelak aje la. Memang mintak gomol agaknya budak sekor ni. Hik..







p/s: Okay, dah boleh delete gambar yang ada dalam laptop. Hahaha. Laptop aku banyak gambar kucing, gambar pokok yang aku tanam dan gambar baju yang aku jahit. 
.