Assalamu'alaikum.
Kapur Panda: Kapur untuk tukang jahit.
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak beli kapur panda ni. Pertama kali aku tengok kapur ni masa aku tengok seorang tukang jahit dok up video dia buat pola baju. Aku ada tinggalkan komen dan tanya di mana dia beli kapur yang dia guna tu tapi takde respon. Geram la jugak tapi takpe, sabar... 😌😌😌
Selang beberapa hari lepas tu, aku nampak ada orang tag kedai jahit online fairus tailor ni di ruangan komen. Terus aku terjah nama yang di-tag tadi. Tapi, masuk dalam grup la pulak dan aku tak boleh nak tinggalkan komen sebab aku bukan ahli grup. Jadinya, aku terus cari wall owner dia dan jumpa. Terus aku hantar mesej dan bagitau yang aku nak beli kapur panda tu. Ada la dia punya discussion tapi yang tu off record la. Haha.
Aku beli sekotak kapur panda ni dengan harga RM19. Campur postage RM8. Maka, jadilah dia RM27. Okay la tu sebab satu kotak kapur tu ada 50 keping. Saiz dia pulak 1 1/2 inci X 1 1/2 inci. Kecil comel je. Kalau buat saiz besar, lagi susah nak jaga sebab mudah pecah. Baiklah buat saiz kecik terus.
Aku beli sekotak kapur panda ni dengan harga RM19. Campur postage RM8. Maka, jadilah dia RM27. Okay la tu sebab satu kotak kapur tu ada 50 keping. Saiz dia pulak 1 1/2 inci X 1 1/2 inci. Kecil comel je. Kalau buat saiz besar, lagi susah nak jaga sebab mudah pecah. Baiklah buat saiz kecik terus.
Masa dapat parcel tu, pelik la jugak. Kenapa la besar sangat bungkusannya sedangkan jika diikutkan, kotak kapur panda tu kecik je. Dah bukak parcel tu, barulah aku tahu kenapa. Rupanya kapur panda ni sangat rapuh. Walaupun dah dibungkus dengan tebal, tetap ada yang pecah. Tapi jangan risau ya sebab bahagian kapur yang pecah tu masih boleh digunakan.
Siapa berminat nak beli kapur panda ni, boleh la whatsapp atau hantar je mesej di inbox tuan punya wall ni iaitu Fiq Fairus. Aku rasa kat Shopee pun ada kot sebab masa aku google hari tu, aku ternampak dan masuk kat situ. Tapi yang aku punya ni aku order melalui mesej di inbox facebook je. Maklum la, aku kan takde whatsapp. 😁😁😁
p/s: Bab kapur dah selesai. Aku beli sekotak terus. Tapi kena simpan elok-elok sebab takut pecah. Alhamdulillah, ada juga rezeki aku untuk memiliki kapur ni.
.
Alhamdulillah mesti seronok dapat beli barang yang dihajati. Kalau saya jenis tak sabar nak dapat barang jadi banyak beli secara cod. Kalau jauh terpaksalah guna pos. He he. Harap gembira selalu.
ReplyDelete