Assalamu'alaikum.
Baju kurung moden tak cukup kain.
Jadi tukang jahit ni, kena biasakan diri untuk peningkan kepala. Haha. Macam-macam hal nak kena ambil kira. Dari hal kastemer yang bla bla bla hinggalah kepada kain yang bermasalah.
Ini ukuran untuk kastemer aku tu. Kiranya, ini baju dia yang ke empat yang dia tempah kat aku. Siapa yang ada kastemer yang ukuran dia macam ni, boleh la ikut cara aku ni. Itupun jika nak ikut la, kan... Ni cara bodoh-bodoh je. Takde dart tapi masih ada cutting.
Ni aku kongsikan cara nak ambil kain untuk bahagian tangan jika kain tidak mencukupi. Kain ni sebenarnya 4 1/2 meter tapi disebabkan badan kastemer tu agak berisi, maka kain tu jadi tak cukup dan sangkut pada bahagian pangkal lengan. Aku takde la nak salahkan kastemer. Memang dia dah tahupun badan dia besar. Tu yang dia beli kain tu banyak sikit. Nanti kalau beli sampai 5 meter, banyak pulak pembaziran. Lagipun, yang tak cukupnya sikit je. Takpe la. Aku tampung la mana yang tak cukup tu.
^
Daripada 4 1/2 meter kain yang ada, ini sahaja yang tinggal untuk bahagian tangan. Sebelah tangan dapat full tapi sebelah lagi terpaksa sambung. Macam mana jika kain tu cuma 4 meter sahaja?
v
Bahagian bawah ketiak ni tak nampak sangat kesan sambung tu. Tambahan pulak orang tu badan besar. Lagi la terkepit bahagian tu di bawah ketiak.
Aku pernah kongsikan kisah baju tak cukup kain untuk bahagian tangan tu di facebook aku tapi itu baju lain. Dah lunyai dah kot baju tu tuan dia pakai. Haha. Bahagian pangkal tangan tu nanti jadi macam gambar di bawah ni la.
Ada sesetengah tukang jahit kata, cukup je kain 4 meter jika badan orang tu besar. Mungkin mereka dah pro. Aku ni bukannya pro. Jadinya, aku tak nak la ambil risiko potong kain lintang-pukang. Aku risau jika kastemer tak selesa pakai baju yang aku jahit. Aku potong kain ni semuanya ikut ira memanjang. Jadinya, memang kena ada kain yang mencukupi dan bukannya kain yang cukup-cukup makan. Banyak sangat tampung dan potong kain ikut ira yang berlawanan arah, takut nanti tak cantik dan tak selesa pada si pemakai.
p/s: Lain orang, lain caranya. Tak perlu nak kondem cara orang walaupun awak seorang tukang jahit profesional. Respect each other, okay?
.
Jadi tukar jahit ni kena banyak fikir tu nak bagi kain tu sesuai dengan ukuran dan alter mana patut..hebat!
ReplyDeleteCik Azz tinggal di mana.. Saya badan besar, sangat besar ekceli.. Haha kalau area lembah klang saya nak tempah dengan cik Azz boleh?
ReplyDeletesalam ukhuwah, wah ada tutorial jahit baju rupanya di sini. ana dulu pernah gak belajar menjahit ni tapi time sekolah dedulu zaman kelas sains rumahtangga hehe :)
ReplyDeleteAzhafizah MN:
ReplyDeleteYe, kreatif sampai kepala naik pening. Haha.
Orchid Puteh:
Saya tinggal di Pahang. Boleh je kalau nak cuba jahit dengan saya tapi kena buat tempahan secara online la.
Ana Jingga:
Zaman dulu memang ada kelas SRT tapi sekarang dah tukar jadi Kemahiran Hidup, kan? Ke, saya salah?
Cik Azz macam mana nak tempah online tu.. Saya berminat
ReplyDelete