Pages

Tuesday, October 15, 2019

Satay berempah dari Peladang.

Assalamu'alaikum.

Satay berempah dari Peladang.


Bulan lepas, kakak aku ada singgah sini sebab dia ada seminar di Cameron Highlands. Dia ada bawakan sebungkus satay dan tiga bungkus nugget ayam yang merupakan produk dari Peladang.




Nugget tu dah lama dah habis tapi satay tu, baru semalam aku bakar. Bakarpun guna kuali yang dikatakan ajaib tu. Ajaib la sangat, kan? Kalau takde api dapur gas tu, tak masak jugak satay tu. Entah tang mana la yang ajaibnya. Oppsss..!






Sedap jugak satay berempah ni. Makan macam tu je pun dah sedap. Lagipun malas aku nak buat kuah satay. Haha. Siapa berminat nak beli, boleh la pergi cari di kedai Peladang. Yang ni dari kedai Peladang di Labis. 


p/s: Jom pakat-pakat sokong dan beli produk 'kita'. Bila lagi nak sokong #BMF. Masa ni la kita sokong beramai-ramai. Jangan setakat sokong je. Wajib beli sekali.
.