Assalamu'alaikum.
Satay berempah dari Peladang.
Bulan lepas, kakak aku ada singgah sini sebab dia ada seminar di Cameron Highlands. Dia ada bawakan sebungkus satay dan tiga bungkus nugget ayam yang merupakan produk dari Peladang.
Nugget tu dah lama dah habis tapi satay tu, baru semalam aku bakar. Bakarpun guna kuali yang dikatakan ajaib tu. Ajaib la sangat, kan? Kalau takde api dapur gas tu, tak masak jugak satay tu. Entah tang mana la yang ajaibnya. Oppsss..!
Sedap jugak satay berempah ni. Makan macam tu je pun dah sedap. Lagipun malas aku nak buat kuah satay. Haha. Siapa berminat nak beli, boleh la pergi cari di kedai Peladang. Yang ni dari kedai Peladang di Labis.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^