Pages

Saturday, February 29, 2020

Saja nak cerita. 😁

Assalamu'alaikum.


Saja nak cerita. 😁


Alhamdulillah. Aku baru siap bersihkan mesin Singer ni. Mesin ni aku beli (mak aku dan kakak aku bagi duit) masa aku mula bekerja di Kuala Lumpur dulu. Kononnya nak ambil tempahan dan nak siapkan kerja di rumah. Masa ni, aku tinggal di rumah adik bongsu aku di Taman Cempaka, Ampang. (Aii pun pernah jadi orang Key Ell jugak weii...) Hahaha..







Entah apa aje la yang ada dalam laci mesin tu. Adoii.. Tapi name tag tu rare.. Haha.


Tali mesinpun dah reput sampai putus dua.


Aku kerja kat KL tak lama. Mungkin dalam 6 bulan je kot tapi dua tempat aku kerja. Saja la nak cari pengalaman sebab baru habis belajar menjahit. Satu tu kerja kat butik di Kompleks Pertama dan satu lagi kerja di rumah orang di Kampung Baru. Kenangan pahit kerja kat Kampung Baru tu. Sakit jiwa kalau diingat balik. 😏😏😏





Sebelum berhenti kerja kat KL tu, aku minta tolong adik aku yang kat Shah Alam tu bawak mesin ni balik sini. Dia letak dulu kat rumah dia. Lepas tu, baru dia bawak balik. Aku pernah la jugak guna mesin ni di rumah. Tapi sebab mesin ni dia punya kayuhan dan bunyi agak keras, maka akupun rasa tak selesa nak guna. Lepas tu, mak aku belikan pulak mesin jahit industri Singer yang guna letrik tu. Lagi la aku tak pakai dah mesin kayuh tu sebab masa dah balik sini, akupun dah mula ambil tempahan.



Sekarang, akupun tak gunakan mesin industri tu sebab jahitanpun tak banyak mana. Takde la macam 17 tahun lepas. Lagipun, mesin kayuh Singer yang lama yang mak aku punya (tahun 50-an mak beli di Singapura) masih elok lagi dan aku suka guna mesin ni sebab bunyi dia lembut je. Mesin tu la sekarang yang aku guna walaupun dia punya body dah tanggal sana sini. Haha.


Jadinya, kat rumah aku sekarang ada empat buah mesin jahit. Ada dua buah mesin kayuh, sebuah mesin jahit tepi industri dan sebuah mesin jahit biasa industri. Semua mesin aku dari jenama Singer sebab Singer, menawan keluarga bahagia. Aaggiittchuu...! 







Alhamdulillah. Mesin ni elok lagi. Jahitanpun cantik. Cuma dia punya bunyi yang keras tu masih kekal begitu. Huhu.








Punya lama tak guna mesin tu sampai semut hitam bersarang dalam laci. Mujurlah semut yang bersarang. Buatnya si panjang tu bersarang? Mahu pengsan aku kat situ jugak. Haha.


Geli pulak tengok semut banyak-banyak macam ni. 


Si Debot tu, aku sibuk kemas mesin, diapun sibuk jugak mengacau. Padan muka dia kuku dia sangkut kat kusyen buruk tu. Tiga empat kali jugak la dia tarik kuku dia baru lepas. Budak-budak bulus ni memang macam ni. Asal aku sibuk, dorangpun ikut sama menyibuk. 😹😹😹 Tapi takpe sebab aksi dorang ni la yang buatkan aku ketawa. Layankan aje la. Haha.



 Nah duit.. Pi beli ayam goreng cepat. 😜😜😜


^
Debot dan Kontot.
v


Banyak lagi nak cerita kat dalam entri yang ini tapi idea dah takde. Tiba-tiba stuck pulak otak ni. 😁😁😁 Nanti la sambung lagi kalau idea tu datang balik. 😂😂😂


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Semoga lebih banyak kebaikan yang datang kepada kita. Aamiin.
.

Monday, February 24, 2020

Throwback: Sawi.

Assalamu'alaikum.

Throwback: Sawi.

Saja la letak gambar pokok sawi ni untuk tatapan di masa akan datang. Sekurang-kurangnya, hilanglah rindu aku bila tengok gambar ni balik semula. Ceh...! 😂😂😂


Orang lain rindu pakwe makwe tapi kau sibuk rindu kat pokok sawi. Apa keheynya? Nak tau apa keheynya, cuba la komer tanam dulu pokok sayur. Lepaih tu, barulah komer rasa penangannya. Aagiiittchuu..!






 Yang bawah tu pokok rumput ya. Jangan pulak tanya tu sayur apa. Haha.




Motif letak gambar tangan? Sebab nak tunjuk betapa besarnya daun sawi tu walaupun cuma tanam di dalam bekas yang kecil.


p/s: Sekarang dah slow sikit tanam sawi. Dia jadi malas sikit sebab banyak sangat ancaman serangga. Tu yang letak gambar kat sini. Alasan tak munasabah sungguh. Kah..!
.

Saturday, February 22, 2020

Rempeyek kacang tanah: Cuba dan terus mencuba.

Assalamu'alaikum.


Rempeyek kacang tanah: Cuba dan terus mencuba.


Aku ni, bukanlah pandai sangat memasak tapi aku jenis yang suka mencuba. Kadang tu, jika percubaan pertama tu berjaya, maka akan adalah percubaan seterusnya. Tapi andaikata percubaan pertama itu gagal, memang kena ambil masa yang lama untuk aku cuba balik semula. 😁😁😁


Memasak makanan ni macam baca novel jugak. Kalau satu novel dari seorang penulis tu aku dah suka dan ngam dengan jiwa aku, maka aku akan hunting novel dia yang lain. Tapi, jika lepas tu novel seterusnya tidak kena dengan jiwa aku, maka aku akan berhenti dari membeli novel beliau. Kadang tu berhenti sekejap je, lepas tu beli lagi novel berikutnya. Tapi ada juga yang aku berhenti terus dari membeli novel dari penulis tersebut atas sebab-sebab tertentu. 😉😉😉


Ehh...! Dah melalut sampai ke novel la pulak. Hahahaha... Bukan apa. Ada orang samakan makanan dengan novel. Jadinya, akupun nak juga beri pendapat aku sendiri. Aagittchuu..!


Semalam, aku ada la buat rempeyek kacang tanah ni. Aku buat sikit je pun. Tak nak la buat banyak sebab takut nanti tak terbuat sampai habis. Sebelum ni, pernah jugak aku buat sampai sebungkus tepung beras aku gunakan. Sudahnya, sampai naik lembik badan aku nak siapkan satu adunan tu. Dah la rempeyeknya tak berapa menjadi. Akhirnya, separuh adunan tu aku curah ke dalam sinki. Dah jadi satu pembaziran dah. 😢😢😢 Maaf sebab terpaksa buang. Badan dah tak mampu nak teruskan. 




Atas pengalaman itulah, maka kali ini aku cuma buat separuh kampit tepung beras je. Aku search resepi kat facebook tapi sukatan bahan tu aku olah sendiri ikut citarasa tekak aku. Ni sukatan yang aku gunakan. Saja letak kat sini untuk refer di lain kali.


Bahan A:

2 1/2 cawan tepung beras.
3 cawan santan.
1 biji telur.
3 sudu makan jintan manis - sangai dan kisar.
3 sudu makan jintan putih -sangai dan kisar.
5 sudu makan ketumbar - sangai dan kisar.
Sedikit garam.
2 sudu makan air kapur.
Segenggam ikan bilis - dikisar.

Bahan B:

Minyak yang secukupnya untuk menggoreng.
Acuan rempeyek.

Bahan C:

1 mangkuk kacang tanah - atau lebih ikut kesesuaian.
1 mangkuk ikan bilis - untuk letak atas rempeyek.


Cara buat rempeyek:

1- Bancuh bahan A dan kacau sebati guna whisk.

2- Panaskan minyak dalam kuali dan letakkan acuan di dalamnya untuk panaskan acuan tadi. 

3- Sebelum tuang bancuhan atas acuan, kacau dulu bancuhan tu. Setiap kali nak tuang kat acuan, kena kacau bancuhan supaya bancuhan tu sekata.

4- Tuang bancuhan tu nipis je. Jika berlebihan, tuangkan semula ke dalam bekas berisi bancuhan tu. Lepas tu, boleh la letakkan kacang dan ikan bilis.

5- Kena rajin balik-balikkan rempeyek tu untuk bagi kacang tanah tu masak. Api jangan kuat sangat dan jangan pulak terlalu perlahan sebab nanti makan minyak. Pandai-pandai la adjust. 





Ada orang buat rempeyek ni, dia guna dua kuali. Satu kuali dia guna api besar untuk mempercepatkan acuan tu panas dan satu kuali lagi api sederhana untuk goreng rempeyek. Ikutlah cara mana nak buat sebab masing-masing ada style tersendiri.


Sebelum buat rempeyek, kena la kopek ikan bilis dulu. Jenuh nak habiskan sekilo padahal buat rempeyek tu sikit aje. Haha.





Update:


Hari ini, Ahad, 23/2/2020, rempeyek dah hampir habis. 😱😱😱 Dari 3/4 isi dalam tupperware besar tu, yang paras jari tu, kini dah tinggal beberapa keping je. Saat aku update ni, baki rempeyek hanya tinggal sekeping..! Nampak tak betapa sedapnya rempeyek aku ni. Jadi, tunggu apa lagi. Cuba la buat gunakan resepi rempeyek aku kat atas tu. Haha.






Okay la. Aku dah screen shot resepi rempeyek dari blog aku sendiri. Kah...!







Update:

Semalam, aku buat lagi rempeyek ni tapi aku tambah dengan 1 sudu makan lada hitam kisar. Lepas tu, santannya aku jadikan 3 1/2 cawan. Bawah ni gambar yang aku buat semalam tu.












p/s: Buat rempeyek sambil berdiri, memang rasa nak pitam la jawabnya. Dah la acuan cuma ada satu je. Mujur buat sikit je.
.

Friday, February 21, 2020

Abaikan sahaja.

Assalamu'alaikum.

Abaikan sahaja.

Apabila ada yang mengecam kita sedangkan kita takde buat perkara yang salahpun. Maka, kita abaikan sahaja kecaman itu. 


Image may contain: text that says "KALAU ORANG MENGECAM KITA like fb Pesan Bonda MEMFITNAH KITA, MEMBUKA AIB KITA, MENGATA NGATA KITA JANGAN BERSEDIH KERANA ITU BUKAN URUSAN KITA, TAK PERLU KITA AMBIL PEDULI ITU SEMUA URUSAN ALLAH, BIARLAH ALLAH YANG MEMBALAS SEMUANYA"


p/s: Lain la kalau kita buat sesuatu yang bodoh semata-mata untuk menjadi viral. Itu memang sengaja mengundang kecaman. Maka, hadap aje la kecaman tersebut. Dah tu, siapa suruh buat perkara bodoh? Dah kena kecam, tahu pulak meroyan. 
.

Wednesday, February 19, 2020

Sepatutnya, beginilah.

Assalamu'alaikum.

Sepatutnya, beginilah.

Kita digalakkan untuk rajin memberi dan menyumbang tetapi jangan sampai kita dipergunakan oleh pihak tertentu.


Image may contain: text and nature


p/s: Dalam hidup, kena ada prinsip.
.

Tuesday, February 18, 2020

Nenas: Manih baq ang...!

Assalamu'alaikum.

Nenas: Manih baq ang..!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
  


Setelah tiga hari dipetik dan diperam, hari ni dapat merasa nenas ni. Manis isinya. Cuma yang bahagian atas kat jambul tu kurang manis sebab belum kuning sepenuhnya. Ceq tak sabaq aiihh nak makan depa. 😁😁😁 Takut busukpun ya jugak dok peram lama sangat. Karang, langsung tak merasa. Tuang kicap manis je atas nenas tu. 🤤🤤🤤





Buah betik tu pun hasil dari kebun mini aku yang sekangkang kucing tu.





Berat nenas ni ialah 2.2 kilo termasuk jambul dan tangkai tu sekali la. Puas hati sungguh. Dah la buahnya besar lepas tu manih melecaihh pulak tu. Yang penting sekali, ia dijamin bebas dari racun.


 Jom la kita tanam pokok nenas. Aku dah mula tanam sejak tiga tahun lepas termasuk tanam dalam pasu. Sekarang ni, ada dalam 35 pasu pokok nenas yang aku tanam. Ada yang dah makan hasilnya dahpun.


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan.
.

Monday, February 17, 2020

Cara buat jeruk petai.

Assalamu'alaikum.

Cara buat jeruk petai.

Siapa suka makan jeruk petai? Kalau suka, kita boleh jadi kawan. 😁😁😁


Hari Khamis minggu lepas, aku ada beli empat ikat petai di pekan sehari. Memang tujuan beli tu untuk buat jeruk petai. Satu ikat petai tu, harga dia RM3. Kalau di pekan sehari hari Selasa, satu ikat tu RM5. Dah tentulah aku pilih yang murah harganya, kan?


Okay, jom tengok cara aku buat jeruk petai ni. Mula-mula, kena rebus dulu petai tu. Rebus sampai air mendidih. Tak payah letak apa-apa masa rebus tu. Rebus petai semata-mata.




Dah siap rebus, tunggu sejuk dulu. Lepas tu, boleh la picit-picitkan petai tu untuk keluarkan isi dia. Tengok dalam video ni. Gigih tu pi rakam semata-mata untuk bagi orang faham. 😊😊😊




Dah habis picit semua petai tu, kena basuh dulu petai tu. Lalukan petai tadi di bawah air paip. Basuh gitu je. Jangan kau pi curah glo pulak. Kah..!




Kulit petai yang dah kosong tu, aku buang aje la. Nak buat apa aje? Takkan nak buat halwa pulak. 😅😅😅 Tapi, mungkin ada je orang yang guna kulit petai ni untuk dimasak.




Ni dia petai rebus yang dah siap dibasuh.




Masukkan petai tadi dalam botol. Masukkan air masak sejuk dan cili padi (jika suka). Jangan guna air paip. Mana la tau kot ada yang suka makan jeruk petai ni sekali dengan air dia tu. Niaya je kat orang sebab guna air paip yang tak masak.




Lepas tu, masukkan sedikit garam kasar. Letak sikit je tau.




Okay, dah siap dah jeruk petai aku ni. Boleh la simpan dalam peti sejuk. Empat ikat petai tadi, cuma dapat satu botol kecil ni je. Patut la harga jeruk petai mahal. Kiranya, satu botol ni dah jadi RM12. Itu baru harga petai. Belum lagi caj proses pembuatannya. Haha.





p/s: Mudah je cara nak buat jeruk petai ni, kan? Apa lagi, cepat la beli petai dan buat sendiri. Banyak jimatnya jika buat jeruk petai sendiri.
.