Pages

Saturday, February 22, 2020

Rempeyek kacang tanah: Cuba dan terus mencuba.

Assalamu'alaikum.


Rempeyek kacang tanah: Cuba dan terus mencuba.


Aku ni, bukanlah pandai sangat memasak tapi aku jenis yang suka mencuba. Kadang tu, jika percubaan pertama tu berjaya, maka akan adalah percubaan seterusnya. Tapi andaikata percubaan pertama itu gagal, memang kena ambil masa yang lama untuk aku cuba balik semula. 😁😁😁


Memasak makanan ni macam baca novel jugak. Kalau satu novel dari seorang penulis tu aku dah suka dan ngam dengan jiwa aku, maka aku akan hunting novel dia yang lain. Tapi, jika lepas tu novel seterusnya tidak kena dengan jiwa aku, maka aku akan berhenti dari membeli novel beliau. Kadang tu berhenti sekejap je, lepas tu beli lagi novel berikutnya. Tapi ada juga yang aku berhenti terus dari membeli novel dari penulis tersebut atas sebab-sebab tertentu. 😉😉😉


Ehh...! Dah melalut sampai ke novel la pulak. Hahahaha... Bukan apa. Ada orang samakan makanan dengan novel. Jadinya, akupun nak juga beri pendapat aku sendiri. Aagittchuu..!


Semalam, aku ada la buat rempeyek kacang tanah ni. Aku buat sikit je pun. Tak nak la buat banyak sebab takut nanti tak terbuat sampai habis. Sebelum ni, pernah jugak aku buat sampai sebungkus tepung beras aku gunakan. Sudahnya, sampai naik lembik badan aku nak siapkan satu adunan tu. Dah la rempeyeknya tak berapa menjadi. Akhirnya, separuh adunan tu aku curah ke dalam sinki. Dah jadi satu pembaziran dah. 😢😢😢 Maaf sebab terpaksa buang. Badan dah tak mampu nak teruskan. 




Atas pengalaman itulah, maka kali ini aku cuma buat separuh kampit tepung beras je. Aku search resepi kat facebook tapi sukatan bahan tu aku olah sendiri ikut citarasa tekak aku. Ni sukatan yang aku gunakan. Saja letak kat sini untuk refer di lain kali.


Bahan A:

2 1/2 cawan tepung beras.
3 cawan santan.
1 biji telur.
3 sudu makan jintan manis - sangai dan kisar.
3 sudu makan jintan putih -sangai dan kisar.
5 sudu makan ketumbar - sangai dan kisar.
Sedikit garam.
2 sudu makan air kapur.
Segenggam ikan bilis - dikisar.

Bahan B:

Minyak yang secukupnya untuk menggoreng.
Acuan rempeyek.

Bahan C:

1 mangkuk kacang tanah - atau lebih ikut kesesuaian.
1 mangkuk ikan bilis - untuk letak atas rempeyek.


Cara buat rempeyek:

1- Bancuh bahan A dan kacau sebati guna whisk.

2- Panaskan minyak dalam kuali dan letakkan acuan di dalamnya untuk panaskan acuan tadi. 

3- Sebelum tuang bancuhan atas acuan, kacau dulu bancuhan tu. Setiap kali nak tuang kat acuan, kena kacau bancuhan supaya bancuhan tu sekata.

4- Tuang bancuhan tu nipis je. Jika berlebihan, tuangkan semula ke dalam bekas berisi bancuhan tu. Lepas tu, boleh la letakkan kacang dan ikan bilis.

5- Kena rajin balik-balikkan rempeyek tu untuk bagi kacang tanah tu masak. Api jangan kuat sangat dan jangan pulak terlalu perlahan sebab nanti makan minyak. Pandai-pandai la adjust. 





Ada orang buat rempeyek ni, dia guna dua kuali. Satu kuali dia guna api besar untuk mempercepatkan acuan tu panas dan satu kuali lagi api sederhana untuk goreng rempeyek. Ikutlah cara mana nak buat sebab masing-masing ada style tersendiri.


Sebelum buat rempeyek, kena la kopek ikan bilis dulu. Jenuh nak habiskan sekilo padahal buat rempeyek tu sikit aje. Haha.





Update:


Hari ini, Ahad, 23/2/2020, rempeyek dah hampir habis. 😱😱😱 Dari 3/4 isi dalam tupperware besar tu, yang paras jari tu, kini dah tinggal beberapa keping je. Saat aku update ni, baki rempeyek hanya tinggal sekeping..! Nampak tak betapa sedapnya rempeyek aku ni. Jadi, tunggu apa lagi. Cuba la buat gunakan resepi rempeyek aku kat atas tu. Haha.






Okay la. Aku dah screen shot resepi rempeyek dari blog aku sendiri. Kah...!







Update:

Semalam, aku buat lagi rempeyek ni tapi aku tambah dengan 1 sudu makan lada hitam kisar. Lepas tu, santannya aku jadikan 3 1/2 cawan. Bawah ni gambar yang aku buat semalam tu.












p/s: Buat rempeyek sambil berdiri, memang rasa nak pitam la jawabnya. Dah la acuan cuma ada satu je. Mujur buat sikit je.
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^