Assalamu'alaikum.
Kain lipat batik: Lain orang , lain caranya.
Iya, begitulah. Lain tukang jahit, lain caranya. Ikutlah nak buat cara manapun asalkan menjadi. Yang penting, pelanggan selesa dan tidak cakap-cakap di belakang atau membawang.
Ini cara aku buat dan jahit kain lipat batik. Kain yang aku buat, memang tak ada dart. Leceh nak buat dart semua ni. 😀😀😀
Ini pulak cara aku jahit zip pada kain. Yang ni aku rajin tukar tapak zip sebab aku tak selesa guna tapak biasa untuk jahit zip. Aku lapik dengan kadbod untuk mendapatkan garisan jahitan yang lurus dan kemas. Prinsip aku masa merempit (menjahit) adalah biar lambat asalkan selamat sebab aku paling tak suka buat kerja yang sama dua kali. Maksudnya, jika tergesa-gesa, nanti terpaksa buka balik jahitan tu sebab ada yang tersalah jahit di mana-mana.
Turunkan 9 inci dari paras pinggang dan jahit tindih dua kali untuk elakkan kain tu terkoyak.
Terpaksa merajinkan diri buat sendiri tali untuk gantung kain pada hanger. Lagipun guna tali macam ni lebih tahan lama daripada guna reben yang nipis tu.
Untuk bahagian atas pinggang ni, aku naikkan 3/4 inci. Tujuannya untuk mengelakkan lidah kain tu terkeluar (terjelir).
Aku masih lagi gunakan cara lama untuk masukkan getah kain dalam lapik pinggang. Aku tak reti nak guna cara terkini. Dah cuba tapi macam leceh je. Baiklah aku guna cara yang selesa pada diri aku.
Okay, dah siap dah jahit dua helai kain lipat batik ni. Alhamdulillah. Lega rasa hati. Lepas ni boleh la sambung jahit bajunya pula. Dua-dua baju kurung moden.
^
Yang atas ni, kain dari pandangan bahagian belakang dan yang bawah pula, pandangan dari bahagian hadapan. Ini kain batik dari tiga serangkai.
v
p/s: Raikan perbezaan cara masing-masing. Kau dengan cara kau. Aku dengan cara aku. Tak perlu nak menyinis dan mengata semata-mata untuk memenangkan cara sendiri yang akhirnya menimbulkan perbalahan. Mudah je nak hidup dengan tenang. Kan?
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^