Assalamu'alaikum.
Lagi lagi apam nasi..
Begitulah. Apabila kita dah jatuh suka akan sesuatu itu, maka itu aje la yang akan kita ikut atau buat. Dah lebih dari empat kali aku buat apam nasi ni.
Aku kongsikan lagi sekali resepi apam nasi ni. Mudah sangat membuatnya. Kalau tak, takde la sampai lebih empat kali aku buat. Haha.
1 cawan nasi - blend/kisar
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
1/2 cawan gula.
1 sudu makan yis mauripan
Kelapa parut + garam untuk letak di atas apam.
Campurkan semua bahan dalam bekas kecuali kelapa parut + garam. Kacau sebati. Tutup dan perap sampai bancuhan kembang. Dah kembang, boleh la tuangkan dalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak. Panaskan dulu air kukusan sampai mendidih. Dah didih, boleh la kukus apam tu dengan api besar. Kukus lebih kurang 6-8 minit je kalau guna api besar.
Acuan jangan letak penuh sangat dalam kukusan sebab takut nanti wap air tak lepas keluar dan menyebabkan air tu masuk ke dalam acuan. Ni pengalaman aku. Aku bagitau sebab tak nak benda ni jadi kat korang pulak.
Blender yang rosak, sudah diganti dengan yang baharu. Kakak aku tolong belikan nun jauh di Segamat. Makanya, rajin la aku mengapam. 😁😁😁 Lagipun, senang sangat buat kuih apam nasi ni. Yang agak leceh tu sebab nak kena sediakan kelapa parut.
p/s: Mengapam lagi bagus dari membawang. Mengapam boleh penuhkan perut. Membawang hanya penuhkan dosa. Ehh...!
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^