Assalamu'alaikum.
Si Debot lagi.
Letak lagi gambar si Debot kat sini. Mana la tahu satu hari nanti apabila dia dah takde, boleh la aku hilangkan rindu kat dia. π»π»π»
Ni gambar yang aku baru ambil sekejap tadi. Entah apa yang dia cari, akupun tak tahu la. Alih-alih aku dengar bunyi benda jatuh. Rupanya, replika kapal layar aku dah selamat menyembah lantai. Mujurlah tak patah riuk kapal layar aku tu. Sompek sikit je kat tapak dia.
Tak jadi nak marah bila tengok dia buat muka macam ni haaa...
Tak habis lagi dengan perangai suka menyelongkar dia tu. Dia pergi pulak kokak benang jahit aku kat mesin tu. Dengan jarum peniti tu sekali dia nak kokak. Mujurlah aku cepat perasan. Kalau tidak, dah masuk dah jarum peniti tu dalam mulut dia. Bahaya betul la minah sekor ni.
Bagi duit, tak nak pulak. Lagi suka menyelongkar daripada dapat duit. Bagus betul la anak aku ni. Hahaha.
Merajuk lepas kena marah. Panggilpun buat tak tahu je. Siap bagi bontot lagi kat aku. Bertuah punya anak. πΏπΏπΏ
Aku tak layan dia, maka diapun mula la mengacau. Haha. Panjang akal si Debot ni. Dia sekarang ni sedang selsema. Semua kucing aku tengah selsema. Mungkin sebab cuaca yang panas sangat agaknya. Aku dah bagi ubat tapi masih lagi tak baik-baik. Harapnya takde la selsema tu menjadi semakin teruk.
Update:
Ini gambar yang terkini yang diambil hari ini (14/3/2020)
p/s: Okay. Cukup dulu gambar yang ini. Nanti kalau ada lagi gambar si Debot ni, aku masukkan lagi dalam blog aku ni. Blog sendiri, kan... Haha
.
Seronok dapat gurau senda dengan kucing.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis Azz, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
ReplyDeleteSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.