Pages

Sunday, May 24, 2020

Resepi kuah kacang sedap baq ang..!

Assalamu'alaikum.


Resepi kuah kacang sedap baq ang..!


Aku memang jarang sangat buat kuah kacang. Tersangatlah jarangnya. Setahun sekalipun susah aku nak buat. Sebab apa? Sebab kuah kacang aku kurang sedap. Haha. Tu yang aku selalu beli je kuah kacang dari tokey satay yang rumah dia selang dua buah rumah dari rumah aku. Benda sedap yang boleh dibeli, buat apa susah-susah nak buat, kan? Haha.


Disebabkan tahun ini raya versi #PKP, maka akupun gigih la buat kuah kacang tu setelah lama aku tak membuatnya. Gigih tu pergi search cara buat kuah kacang di facebook yang akhirnya menemukan aku dengan video yang dikongsikan oleh page Buat Orang Lapo. Aku ikut resepi dan cara yang dikongsikan tapi kalau dah namanya aku, memang akan ada olahan sikit untuk aku sesuaikan dengan citarasa aku. Ini bukan derhaka pada resepi tapi sekadar untuk mencuba dan mencari kelainan. 


Sebelum terlupa, aku letak kat sini resepi kuah kacang aku tu. Akupun ada kongsikan di wall facebook peribadi aku incase senang untuk aku cari balik untuk rujukan.


Bahan A:

5 cawan kacang tanah yang dah siap digoreng dengan 1 cawan minyak masak. Lepas tu kisar dengan air. Ikut la nak letak banyak mana air tu. Janji blender tu bergerak.  Dah siap, masukkan dalam bekas dan ketepikan sekejap.

500 ml air - Ini air lain ( tidak termasuk air untuk kisar tadi).


BahanB:
2 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
2 sudu makan udang kering.
Segenggam ikan bilis.
**Kisar semua bahan ni.

3 senduk cili kering kisar - tengok pada tahap kepedasan cili kering tu.
1 batang serai - dititik.
1 cawan minyak untuk menumis.


Bahan C:
2 ketul gula nesan - gula melaka yang kecil nipis tu - potong untuk cepat hancur.
1 senduk gula perang.
Garam secukup rasa.
2 sudu makan kicap manis.


Bahan D:
1 sudu makan tepung gandum - bancuh dengan sedikit air.


1- Tumiskan bahan B hingga garing/pecah minyak.
2- Lepas tu, masukkan bahan C. Masak hingga sedikit mendidih.
3- Kemudian, masukkan bahan A. Masak hingga mendidih. Kacau selalu dan api sederhana besar.
4- Agak-agak dah nak masak, masukkan bahan D. Kacau dan biarkan mendidih lagi. Rasa dulu sebelum tutup api. Jika rasa dah okay, boleh la tutup api dapur tu.
5- Siap!




Alhamdulillah, sedap kuah kacang ni. Kena dengan selera aku. Sebab tu aku kongsikan resepi tu kat sini. Kalau kuah kacang tu tak sedap, takdenya aku nak kongsikan resepi dia. Benda tak sedap, buat apa nak kongsi, kan?


p/s: Terima kasih pada page Buat Orang Lapo yang sudi berkongsi resepi kuah kacang tu.
.

4 comments:

  1. Selamat hari raya cik Azz. Memang ada kelainan resepi ni. Buh ikan bilisn udang kering. Tentu wangi no.

    ReplyDelete
  2. Normala Saad:

    Selamat hari raya untuk anda jugak. Maaf zahir batin.

    Memang bau wangi kuah kacang ni. Kalau letak serai lebih sikit, lagi wangi agaknya. Ni saya letak sebatang je sebab serai habis stok. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Aidilfitri.
    Alhamdulillah sebab kuah kacang sedap.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masak kuah kacang sendiri.. Kami tumpang makan yg kak ipar masak je. hehehe

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^