Pages

Friday, June 19, 2020

Debot: Pandang je ke..?

Assalamu'alaikum.


Debot: Pandang je ke..?

Si #Debot ni kan, apa yang aku makan, diapun nak jugak makan sama. Masa bulan puasa hari tu, aku makan la buah kurma. Ehh, diapun nak jugak kurma tu. Siap disondol-sondolnya muka aku. Aku bagi la dia makan sikit-sikit. Kalau ikutkan, ada la dekat dua biji kurma tu dia makan sekali harung. 


Ni, keledek rebus ni, diapun nak merasa jugak. Sudahnya, aku bagi dia sikit. Dua kali aku bagi dan dia makan. Lepas tu, dia tak nak dah. Bagus. Boleh la aku makan lebih keledek tu. Hahaha.





Boleh percaya ke Debot tengok aje tanpa mengusik keledek tu? Jangan harap la. Gambar di bawah sebagai buktinya. 😂😂😂 Dah lama dia pandang dan simpan geram. Akhirnya, dapat jugak dia mengusik keledek tu. Hehe.





Dalam banyak-banyak kucing kat rumah ni, Debot ni la yang paling rajin ikut mana aku pergi. Kalau aku sibuk menyapu daun gugur di laman atau mengemas kebun mini aku tu, diapun ikut sama jadi peneman. Kalau dia tak nampak aku, mula la mulut dia bising mencari. 😁😁😁


p/s: Sayang kamu, Debot.
.

2 comments:

  1. Han Hanni:

    Betul..
    Debot sudah jadi kenangan. Huhu.

    Btw, terima kasih sudi singgah sini. :)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^