Assalamu'alaikum.
Masak lemak cili padi ikan keli salai.
Masa raya haji hari tu, kakak aku salai ikan keli ni. Lepas tu, dia buat masak lemak cili padi dengan berencahkan pucuk ubi. Pergh..! Bertahun tak makan lauk macam ni, sekali dapat makan memang menambah-nambah nasi la jawabnya. Sedap hingga menjilat pinggan baq ang..! Haha.
Ikan keli ni aku tangkap dari kolam simen kat rumah aku. Aku yang bela ikan keli ni. Dah besar-besar dah ikannya. Ada la dalam sembilan ekor je. Sebelum tu aku dah bagi dah kat ipar-ipar aku. Tu yang tinggal sembilan ekor je. Kali ni, rezeki untuk kakak aku la pulak. Aku sauk empat ekor. Sebelum tu, kenalah keluarkan dulu air dari kolam tu.
Gambar kat bawah ni la ikan keli yang aku sauk dari kolam simen tu. Besar lengan aku dah ikan keli tu. Kalau dibiarkan, mahu besar lagi tu. Karang kalau dah besar sangat, tak lalu pulak aku nak makan.
Gambar masak lemak cili padi ikan keli salai ni takde sebab aku tak ambil gambar. Gambar yang atas ni pun anak buah aku yang ambil guna handphone dia. Tapi aku tepek aje la gambar yang lain. Ni gambar masak lemak ikan keli dengan pisang kapas yang aku masak.
UPDATE:
Rupanya, ada satu gambar ikan keli salai ni tapi gambarnya kurang terang. Takpe la. Aku tepek jugak la kat sini sebagai bukti. Kah..!
p/s: Ada lagi lima ekor ikan keli dalam kolam simen aku tu. Nanti aku nak beli lagi anak keli dan bela balik semula. Satu terapi jugak sebenarnya bela ikan keli ni.
.
Abah ada Bela ikan keli dalam tong plastik.
ReplyDelete