Pages

Friday, October 16, 2020

Hasil pancingan adik.

 Assalamu'alaikum.

Hasil pancingan adik. 


Alhamdulillah. Semua ini adalah hasil yang adik aku pancing di jeti sungai selama dua malam. Malam pertama tu, dapat la seekor udang galah yang besar, seekor ikan kenderak, seekor ikan lawang dan beberapa ekor anak ikan apapun aku tak tahu. Haha. Sudahpun aku masak pagi tadi. Aku campurkan aje semua tu sekali harung. Sonang kojo den. Kah...! Tapi ikan comel-comel tu aku dah goreng dah semalam. 








Ni nasi adik aku. Dia hantar gambar ni kat grup whatsapp family. Buat pedajal dorang je. Haha.


Kononnya nak masak dengan rebung biasa tapi rebung tu takde. Yang ada cuma rebung madu ni je. Tapi, rebung madu ni dah berbau hancing dan dah lembik. Tak jadi aku nak masak. Rugi je beli. Lain kali kalau menjual tu, jujur la sikit.


Malam keduanya, tak dapat apa. Dapat labi-labi besar dan terlepas la pulak. Malam berikutnya, dapat pulak dua ekor ikan baung dan beberapa ekor anak ikan yang aku tak tau nama depa. Kah.. Ikan baung ni aku tak masak lagi. Esok pulak masak.





p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Jimat la sikit duit belanja dapur. 

.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, mewah juga hasil pancingannya. Sekarang ni apa-apa yang boleh jimat, kita jimat.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^