Pages

Wednesday, November 4, 2020

Resepi kuih bakar pandan yang sedap dan lembut.

 Assalamu'alaikum. 

Resepi kuih bakar pandan yang sedap dan lembut. 

Ini merupakan kali pertama percubaan aku membuat kuih bakar pandan ni.









Ni resepi yang aku olah. Cepat salin. Ini untuk dua sukatan yaa. Barulah #nompan dengan loyang bulat ada lubang di tengah tu.

Sedikit bijan - optional (ketepikan dulu)

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air daun pandan
6 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

=> Satukan semua bahan. Kacau/pukul sebati. Then masukkan dalam blender dan blend dalam kiraan 50 saat. Hahaha.

Lenserkan loyang pembakar dengan sedikit minyak. Then tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. Bakar la ikut cara masing-masing. Dalam 10 minit lepas tu, taburkan bijan. Sambung bakar hingga masak. Aku bakar atas dapur gas lebih kurang satu jam sepuluh minit. Aku gunakan api paling kecil.



p/s: Format baru ni leceh sungguh..! Tambah lagi dengan line yang terkemut-kemut macam apa entah. Campur pulak dengan laptop yang asyik hang je. Tu yang jadi malas nak update entri.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^