Assalamu'alaikum.
Merentas ke pusara Omak dan Abah.
Dah lama tak pergi ziarah pusara kedua arwah Omak dan Abah. Hari ini, aku pergi ziarah dan bersihkan apa yang patut. Dah macam hutan belantara dah terutama sekali pusara Abah. Terkejut aku tengok. Terpaksa buang pokok yang besar yang mudah merebak termasuk rumput semalu.
Aku ada baca beberapa artikel yang mengatakan tak elok buang rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur kerana pokok itu turut berzikir. Tapi jika pokok tersebut mencacatkan penglihatan dan tidak berjaga, rasanya eloklah dibuang. Lainlah jika persekitaran kubur tu dijaga rapi seperti kubur di Putrajaya tu.
Aku bersihkan pusara ni dengan abang dan anak adik aku.
salam singgah
ReplyDeletemoga mak dan abah dalam rahmat Allah swt
amin