Pages

Monday, November 15, 2021

Majlis cukur jambul baby comel.

 Assalamu'alaikum.

Majlis cukur jambul baby comel.

Alhamdulillah. Setelah dua tahun takde event, kelmarin (Sabtu 14/11), ada majlis marhaban di rumah jiran. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, tahlil, berzanji, marhaban dan diakhiri dengan lagu dodoi si dodoi untuk si comel. Bagi la peluang kat makcik dan nenek semua tu melepaskan geram. 😊😊😊

Aku simpan moment yang indah ini di sini sebagai kenangan. Bukan selalu aku dapat join event macam ni. 

















Moga baby comel sentiasa sihat dan ceria di bawah lindungan Allah. Aamiin.

p/s: Sampai jumpa lagi ya. InsyaAllah.
.

Pepes Warisan: Otak-otak ayam.

 Assalamu'alaikum.

Pepes Warisan: Otak-otak ayam.

Alhamdulillah.

Akhirnya dapat juga merasa otak-otak ayam ni. Ni pun jiran yang bagi. Biasa makan otak-otak ikan je.






p/s:. Jumpa lagi ya di lain entri. Jaga diri semua. 😊

.

Saturday, November 13, 2021

Selawat Tafrijiyyah.

 Assalamu'alaikum.

Selawat Tafrijiyyah.

Jom la kita sama-sama baca dan amalkan selawat ni. Boleh amalkan ketika memasak atau buat kerja lain.



p/a: Moga Allah permudahkan segala urusan seharian kita. Aamiin.

.

Friday, November 12, 2021

Jom kopek dan goreng buah cempedak.

 Assalamu'alaikum.

Jom kopek dan goreng buah cempedak.

Aku ni bukanlah penggemar buah cempedak. Setakat makan dua tiga ketul tu dah memadai dah. Tapi disebabkan ada jiran yang bagi buah cempedak ni, maka akupun goreng je la. Rezeki jangan dibuang. 











p/s: Jumpa lagi ya.. 🥰🥰🥰

.

Thursday, November 11, 2021

Mangga telur berbuah lebat.

 Assalamu'alaikum.

Mangga telur berbuah lebat.

Alhamdulillah. Pokok mangga telur kat rumah aku ni sentiasa berbuah. Dah tak larat nak makan. Banyak bagi kat orang je.



p/s: Ni je ceritanya. Hehe.

.

Wednesday, November 10, 2021

Pokok keladi viral.

 Assalamu'alaikum.

Pokok keladi viral.

Akupun ada jugak pokok keladi viral ni. Besar giler daun dia. Gigih aku korek kat kawasan pokok pisang kat belakang bilik mandi. Lepas tu, gigih pulak tanam dalam pasu. 😆😆😆

Pokok keladi ni dulu asalnya dalam pasu. Tapi disebabkan pokoknya tak membiak dan tak besar-besar, maka akupun humban la ke tanah. Fedap la jugak menengoknya. 🤭🤭🤭 

Alih-alih tengok, ehh, dah besar gedabak dah. Disebabkan musim viral ni, akupun terjebak la sama. Tu yang pi korek dan tanam balik dalam pasu. Tak ke bengong namanya tu. Dia punya bengong tu mengalahkan Pak Pandir. Hahaha.




p/s: Okay la. Jumpa lagi di lain entri. Hehe.

.

Sunday, November 7, 2021

Tanam pokok putat dalam pasu.

 Assalamu'alaikum.

Tanam pokok putat dalam pasu.

Pokok putat ni dah lama aku tanam. Rasanya ada la dalam empat tahun. Aku semai biji dia dalam polybag kecil. Apabila dah tinggi sekaki lebih, barulah aku alih masukkan ke dalam pasu. Saja aku tanam dalam pasu sebab tak nak bagi dia besar dan tinggi. Nanti kalau pokoknya tinggi, susah pulak aku nak ambil pucuknya.

Ni pertama kali aku tengok pokok putat yang berbuah di depan mata sendiri. Dia punya teruja tu, jangan cakap la. Memang teruja sungguh! Lagi-lagi apabila tengok bunga dia yang cantik tu. MasyaAllah...











p/s: Pucuk putat ni sedap buat ulam. Aku tanam ni pun sebab nakkan pucuk dia tu la. 🤭🤭🤭 Buah putat ni kelat. Aku tak pandai makan dan tak suka nak makan buah tu. 

.

Wednesday, November 3, 2021

Resepi kuih bakar pandan.

 Assalamu'alaikum.

Resepi kuih bakar pandan.

Ada banyak versi resepi kuih bakar pandan ni. Ni salah satu daripadanya. Aku screen shot je. Terima kasih atas perkongsian resepi tu ya. Alhamdulillah.











p/s: Cuba la buat. Ikut je mana-mana resepi yang korang berkenan nak cuba.

.

Cotton face mask.

 Assalamu'alaikum.

Cotton face mask.

Ni antara face mask yang aku jahit. Aku guna kain cotton comb dan kain batik. Sehelai face mask ni aku jual RM7 je. Jika tiga helai, RM20. Beli sekali tapi boleh pakai berkali-kali. Jimat, kan? 😊 


Renyah nak buat mask ni. Bercinta nak siapkan sehelai tu.












p/s: Jumpa lagi di lain entri. 🥰

.

Monday, October 18, 2021

Resepi roti Cik Azz.

Assalamu'alaikum.

Resepi roti Cik Azz.

Simpan kat blog pulak. 
Kot la ada followers blog ni yang nak cuba buat roti ni. 






p/s: Cuba la buat.
.

Sunday, October 17, 2021

Terapi: Asparagus Part 1, 2 dan 3.

Assalamu'alaikum.

Terapi: Asparagus Part 1, 2 dan 3.

Penat juga bersihkan kawasan asparagus ni. Mujur ada dak #Peah tolong temankan.






p/s: Tanam suka-suka je.
.

Saturday, October 16, 2021

Cara mudah rebus kerang.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah rebus kerang.

Ni cara aku rebus kerang, kupang, lala dan sebagainya. Mudah ya amat.



p/s: Cuba la..
.

Monday, October 11, 2021

Merentas ke pusara Omak dan Abah.

 Assalamu'alaikum.

Merentas ke pusara Omak dan Abah.


Dah lama tak pergi ziarah pusara kedua arwah Omak dan Abah. Hari ini, aku pergi ziarah dan bersihkan apa yang patut. Dah macam hutan belantara dah terutama sekali pusara Abah. Terkejut aku tengok. Terpaksa buang pokok yang besar yang mudah merebak termasuk rumput semalu.


Aku ada baca beberapa artikel yang mengatakan tak elok buang rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur kerana pokok itu turut berzikir. Tapi jika pokok tersebut mencacatkan penglihatan dan tidak berjaga, rasanya eloklah dibuang. Lainlah jika persekitaran kubur tu dijaga rapi seperti kubur di Putrajaya tu.


Aku bersihkan pusara ni dengan abang dan anak adik aku.






























Alhamdulillah. Selesai sudah satu perkara. Moga Allah tempatkan kedua arwah Omak dan Abah serta semua arwah yang telah pergi bersama dengan golongan mereka yang beriman. Aameen.


p/s: Omak aku meninggal dunia pada 6 September 2020 kerana sakit tua. Meninggal dalam usia 86 tahun.
.