Pages

Thursday, July 28, 2022

Blouse sempoi.

Assalamu'alaikum.

Blouse sempoi.

Ni salah satu blouse sempoi yang aku jahit. Okay tak? Okay je la ya. Haha. Okay la sebab upah jahit tak perlu bayar. Sebab apa tak perlu bayar upah jahit? Sebab ini adalah baju aku sendiri. 🤭🤭🤭





Blouse sempoi macam ni upahnya bermula dari RM35. Harga upah bergantung juga pada jenis kain, saiz dan kesusahan memotong kain tersebut. Ia akan meningkat jika saiz terlalu besar atau kain terlalu licin dan sebagainya. Blouse ni takde sebarang zip dan dart ya. Sebab tu aku namakan dia blouse sempoi.




Boleh je tempah online dengan aku tapi kenalah poskan kain dan baju contoh yang selesa dipakai. Dan kos pos adalah atas tanggungan sendiri (customer) la ya. Aku tak ambil tempahan ikut ukuran badan atau saiz untuk mengelakkan berlakunya banyak drama di belakang hari. Letih la nak layan drama customer vs tailor ni. 😊😊😊

p/s: Jika berhajat nak cuba jahitan aku, boleh cari aku di facebook. Then, boleh mesej di inbox fb tu. Tapi aku jahit lambat dan santai-santai je. Biar lambat asalkan selamat dari buat alteration dan sebagainya. 

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^