Assalamu'alaikum.
Lagi-lagi tauhu berlauk.
Ramai yang suka makan tauhu berlauk ni. Sebab tu aku buat lagi dan lagi. Yang tak suka makan tu, silalah ke tepi. 🤭🤭🤭
p/s: Cuba la buat sekali.
.
Assalamu'alaikum.
Lagi-lagi tauhu berlauk.
Ramai yang suka makan tauhu berlauk ni. Sebab tu aku buat lagi dan lagi. Yang tak suka makan tu, silalah ke tepi. 🤭🤭🤭
p/s: Cuba la buat sekali.
.
Assalamu'alaikum.
Nasi lemak newbie. 🤭🤭🤭
Aku memang tak pandai nak buat nasi lemak. Dulu, pernah buat sekali tapi nasinya lembik dan mentah. Sejak itu, aku tak buat dah nasi lemak ni. Namun, disebabkan teringin nak makan, aku beranikan diri untuk buat lagi sekali. Gigih tu cari resepi kat facebook. Haha.
p/s: Selagi ada umur, belajar aje la walaupun umur tu dah banyak. 🤭🤭🤭
.
Assalamu'alaikum.
Jom merempit!
Sebelum merempit, kena la potong kain dulu. 😁😁😁
p/s: Alhamdulillah, siap dah baju aku. Boleh la pakai. 😊😊😊
.
Assalamu'alaikum.
Jom siang rebung.
Alhamdulillah. Hari tu abang aku beli la rebung ni sepuluh ringgit. Dia beli dari orang Asal (Asli). Maka, akupun siang la rebung tu. Dah siang, rendam la semalaman. Esoknya, basuh bersih, toskan dan masukkan dalam botol. Masukkan air dalam botol tu. Lepas tu, simpan la dalam peti sejuk. Tahan la berbulan-bulan.
Kalau beli rebung yang dah siap, banyak ni mau cecah puluh ringgit. Yang jual sekarang ni sejemput je dah tiga ringgit. Itupun banyak air je dalam plastik isi rebung tu. Baiklah beli rebung yang belum siang. Bukan susahpun nak siangnya. Rajin dengan malas je. ✌
p/s: Teringat rebung yang ambil kat kampung hari tu.q Bila la nak pergi ambil lagi agaknya. 😁😁😁
.q
Assalamu'alaikum.
Program mengacau bubur asyura.
Semalam, hari Ahad bersamaan dengan 28 Ogos 2022, telahpun berlangsung program mengacau bubur asyura untuk masyarakat setempat di sini. Program di adakan di perkarangan masjid dan ia dihadiri oleh pelbagai agensi. Meriah sungguh. Mana taknya, 17 kawah bubur asyura versi manis dan berempah yang disediakan.
Aku seperti biasa, ambil gambar ikut sempat aku je. Turutan gambarpun tak tersusun. Asal letak, sudah. Janji masuk dalam entri 🤭🤭🤭
p/s: Simpan semuanya di sini sebagai kenangan.
.