Pages

Monday, August 29, 2022

Jom merempit!

 Assalamu'alaikum.

Jom merempit!

Sebelum merempit, kena la potong kain dulu. 😁😁😁






















Zaman sekarang ni, elok la belajar menjahit. Kalaupun tiada tempahan dari orang luar, sekurang-kurangnya lepas la jahit baju untuk diri sendiri dan keluarga. Upah jahit semakin hari semakin mahal. Jangan la buang masa dok layan tiktok ataupun main game sepanjang masa. Ada peluang belajar menjahit secara percuma, pergi aje la. Ni kadang, nak jahit baju yang koyak sikitpun tak pandai. Malu oii...!! 




Guru Giat Mara kat tempat aku ni sampai merayu cari orang untuk masuk kelas menjahit. Kelas percumapun takde yang nak belajar. Dapat elaun lagi tu. Rugi betul. Aku dulu, habis beribu ringgit masuk kelas menjahit di sebuah kolej di Kuala Lumpur sana. Yang Giat Mara ni percuma je. Itupun takde yang nak belajar? Bodoh sungguh! 

Kerajaan dah bagi peluang tapi masing-masing buat tak endah. Esok-esok bila hidup dah susah, mulalah salahkan kerajaan padahal peluang dah diberi. Sampai bila semua benda kerajaan nak tanggung? Takkan sampai mati kot kerajaan nak bagi bantuan? Sementara masih ada kelas menjahit yang percuma seperti di Giat Mara tu, pergi aje la belajar. 






Zaman aku muda dulu, Giat Mara belum ada lagi kat sini. Kalau la ada, tidaklah aku habiskan duit aku pergi kursus menjahit di kolej swasta tu.









p/s: Alhamdulillah, siap dah baju aku. Boleh la pakai. 😊😊😊

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^