Assalamu'alaikum.
DIY: Paip pvc untuk hidroponik.
Ni kisah pagi semalam. Hajatnya nak tanam sayur #hidroponik guna batang paip pvc ni. Jadi, kenalah sediakan tempatnya dulu. Gigih aku tebuk lubang tu guna pisau yang dipanaskan atas dapur gas. Sambil masak, sambil panaskan pisau tu bawah kuali. Boleh jugak jimatkan gas. πππ
Lubang tu sebenarnya aku dah tebuk separuh dah minggu lepas. Ada la dalam 4 lubang yang dah siap tapi tergendala sebab banyak pulak kerja lain yang aku kena buat. Jadinya, pagi ni aku sambung la tebuk lagi 5 lubang guna pisau panas tu. So, hasilnya takde la kemas macam guna alat penebuk drill ke apa entah namanya tu. Lepas tu, gigih pulak aku asah keliling lubang tu guna pengikir tu. Tak tau la apa nama benda alah tu. Yang pasti, ianya adalah peninggalan Omak dan Abah aku. So, aku jaga la dengan sebaiknya. πππ
Bila dah siap yang sebatang tu, adik aku tolong tebuk lubang untuk paip kedua guna penebuk dia. Hari tu, benda alah tu dia cari tapi tak jumpa. Tu yang aku tebuk guna pisau panas. Berhari-hari jugak la nak siapkan lubang tu. Guna penebuk dia tu, sekejap je la siapnya. Itupun bergegar-gegar tangan dia dok tekan penebuk tu. Aku tolong pegang batang paip tu je. πππ
Sekarang semuanya dah siap dah. Tinggal nak masukkan air baja dan semai benih sayur je. Sementara tu, tunggu la gam kat end cap tu betul-betul kering. Mudah-mudahan takde la air tu keluar ikut end cap tu. Risau jugak ni. Hope everything will be okay. Aku tengah bersemangat nak cuba tanam sayur hidroponik guna batang paip ni. Jangan pulak ada yang buat spoiler.
p/s: Jom la kita tanam sayur. Daripada bazir masa layan drama korea sampai bersambung-sambung ceritanya, baiklah layan tanam sayur. Bukannya kenyangpun layan drama semua tu. ✌✌✌
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^