Assalamu'alaikum.
Jahit tote bag.
Aku saja buang masa jahit tote bag ni. Lagipun, aku dah lama tak jahit beg.
Bahagian luar tote bag ni aku guna kain cotton comb dan bahagian dalamnya aku guna kain belacu. Besar tote bag ni. Boleh buat beg balik kampung. Cuma beg ni takde zip atau butang. Senang main seluk je.
Aku letak kat sini gambar pola tote bag ni untuk rujukan aku. Mana la tau kot aku nak cuba guna ukuran ni pulak sebab ukuran tote bag yang aku buat ni aku ikut beg contoh yang ada kat rumah ni.
p/s: Aku jual je tote bag ni jika ada yang nak beli. Jual murah je. Tak sampaipun 30 ringgit. Meh la beli dan support aku. 😊😊😊
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^