Assalamu'alaikum.
Jom tanam cendawan tiram!
Alhamdulillah. Sampai dah bongkah cendawan yang aku beli dari tiktok. 😁😁😁 Bungkusan elok dan kemas. 👍👍👍
Aku tak tau nak letak bongkah cendawan tu kat mana. Jadi, aku letak la kat bilik air kat luar tu. Gigih oii dok cari tali dan buat para emergency tu. 🤭🤭🤭
Mula-mula, aku letak bongkah tu atas tembok kolam yang aku alas dengan kayu (lupa nak ambil gambar). Tapi takut pulak air terpercik masuk dalam mulut botol tu. Lagipun seller tu kata kena letak kat atas. Tu yang aku buat para tu. Terkial-kial la nak jolok tali ikut celah lubang atap tu. Nak panjat kerusi, aku ni gayat sikit. Takut kerusi tu patah je. 😆😆😆
Lepas tu, aku susun macam kat bawah ni pulak sebab nak elakkan air terpercik ke dalam mulut botol.
p/s: Mudah-mudahan sihat dan subur la cendawan ni nanti. Aku nak jugak merasa hasilnya. 😁😁😁
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^