Assalamu'alaikum.
Part 2: Bersihkan kawasan GPW.
Alhamdulillah. Pagi tadi, kami sambung lagi bersihkan kawasan di sini. Letih jugak dibuatnya tapi sebab semangat yang kuat, tahankan aje la rasa letih tu. Lagipun seronok aje buat kerja macam ni. Sambil buat kerja, sambil layan gaduh. Hahaha.
Yang tak seronoknya, ada anak ular kat bawah timbunan guni cocopeat tu. Masing-masing pakat lari termasuk la aku sekali. Haha. Mujurlah ada dua orang geng yang berani cari anak ular tu sampai dapat. Maka, selamat la anak ular tu kena cangkul. Huhu..
Dah buang weedmat. Penuh lumpur atas simen tu. Aku nyaris tergolek masa gulung weedmat tu sebab licin.
Terpaksa basuh sarung tangan ni sebab penuh dengan selut.
Weedmat yang dah aku gulung.
Bawah ni la anak ular tu bersembunyi. Bukan dia je ada kat situ. Lipan, kala jengking, anak biawak, lipas, semut dan macam-macam lagi yang keluar. Seriau sungguh dibuatnya.
Ni dia dok cari anak ular tu. Aku dok jauh dah ni. Hahaha.
Esok pagi sambung lagi. Harapnya dapat la siap. Banyak lagi kerja lain yang menunggu. Kalau rajin, aku update part 3 pulak. Saja la simpan kat sini buat kenangan.
p/s: Salam Maulidur Rasul buat semua.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^