Assalamu'alaikum.
Pengalaman pasang dripper untuk fertigasi cili bara.
Alhamdulillah, semalam aku berpeluang untuk sama-sama belajar pasang dripper untuk projek fertigasi cili bara team kami.
Walaupun badan belum sihat sepenuhnya tapi dek semangat yang berkobar-kobar, seawal pukul 8.15 pagi aku dah sampai di tapak projek. 😊😊😊
Mula-mula tu takut jugak nak tekan paku kat getah paip tu. Takut tembus sampai ke bawah je tapi selepas dapat rentak, kami semakin laju buat kerja. Satu hari je siap kerja pasang dripper untuk 750 polybag. Alhamdulillah.
Nampak macam mudah je tapi habis bengkak ibu jari sebab tekan paku kat getah paip tu. Tapi takpe, aku dapat satu pengalaman berharga. Rugi siapa yang tak nak belajar.
p/s: Rugi siapa yang tak nak belajar.
.
waahhhh..jenuh tu. but pengalaman kan...plus buat ramai2, seronok je...
ReplyDelete