Pages

Tuesday, November 15, 2022

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Assalamu'alaikum.

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak blouse sempoi aku ni. Kainnya dah lama aku potong tapi dek kerana kekangan masa, maka terbengkalai la ia tak berjahit. 🤭🤭🤭





Kain tak cukup inci. Jenuh la aku dok pusing-pusing kain tu. Terpaksa pendekkan sikit labuh baju.





Pertama kali aku jahit leher guba kun dari kain yang sama. Mujurlah menjadi. Buat kun sebab kain tak cukup untuk buat lapik leher baju kurung.


Ada satu poket di sebelah kanan baju.



Jahitan bawah baju aku guna manual babyseam.





p/s: Sedap pakai baju dari kain cey crepe ni.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^