Assalamu'alaikum.
Jom beli buah golden melon!
Pagi tadi, aku dan team cili bara berkonvoi pergi ke Kuala Medang untuk membeli buah golden melon. Kat situ memang ada kebun golden melon yang diusahakan oleh Pakcu.
Sebelum membeli, aku rasa la dulu buah tu. Nak jugak tau, manis ataupun tidak. Lepas rasa, ehh, manis la buah dia. Terus aku beli empat biji untuk aku (RM31) dan dua biji (RM15) untuk mak adik ipar aku. Lepas tu, aku beli lagi tiga biji (RM29 - saiz besar sikit) sebab dah alang-alang datang, kan. Sekilo buah golden melon ni harga dia RM10. Saiz buah comel-comel je.
Seperti biasa, gambar dan video tidak mengikut susunan. Layankan aje la ya. 🤭🤭🤭
Pembelian minima adalah dua biji seorang. Lepas tu dapat percuma sepuluh biji buah timun. Boleh pilih sendiri timun tu. Kalau beli sepuluh biji golden melon tu pun, tetap dapat sepuluh biji buah timun. Jenuh la kalau setiap dua biji melon dapat sepuluh biji timun. 🤭🤭🤭
p/s: Aku nak pergi lagi jika ada buka jualan.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^