Pages

Tuesday, November 15, 2022

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Assalamu'alaikum.

Blouse sempoi dari kain cey crepe.

Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak blouse sempoi aku ni. Kainnya dah lama aku potong tapi dek kerana kekangan masa, maka terbengkalai la ia tak berjahit. 🤭🤭🤭





Kain tak cukup inci. Jenuh la aku dok pusing-pusing kain tu. Terpaksa pendekkan sikit labuh baju.





Pertama kali aku jahit leher guba kun dari kain yang sama. Mujurlah menjadi. Buat kun sebab kain tak cukup untuk buat lapik leher baju kurung.


Ada satu poket di sebelah kanan baju.



Jahitan bawah baju aku guna manual babyseam.





p/s: Sedap pakai baju dari kain cey crepe ni.

.

Pancang buluh untuk projek cili bara.

Assalamu'alaikum.

Pancang buluh untuk projek cili bara.

Pagi tadi, kami sambung buat kerja di tapak projek cili bara. Kena sediakan buluh untuk buat pancang. Buluh ni team aku dah belah siap-siap dah. Tinggal lagi nak bersihkan kiri kanan dia dan tajamkan bawah buluh tu.







Aku datang awal. Pintu pagar tapak projek tak buka lagi. Jenuh la aku menunggu dorang sampai. Mujurlah ada kerusi kat kedai runcit tepi tu. Dapat jugak la aku lepak kat situ.




p/s: Rasa teruja tunggu pokok cili tu berbuah. Moga kesemu pokok cili tu dijauhkan dari segala penyakit berjangkit. Aamiin.

.