Pages

Saturday, February 25, 2023

5S kawasan pokok cili bara.

Assalamu'alaikum.

5S kawasan pokok cili bara.

Baru-baru ni, team kami buat pembersihan di kawasan pokok cili bara kami tu. Pokok yang teruk dan tak boleh diselamatkan lagi tu terpaksa dibuang. Pokok yang masih ada harapan, kami trim dahan dia. Mudah-mudahan keluar la pucuk baharu yang lebih sihat dan kuat dari serangan virus. Aamiin.








p/s: Tolong doakan ya. Terima kasih. 🙏🙏🙏

.

Wednesday, February 22, 2023

Pergi Tampin beli kain pasang.

Assalamu'alaikum.

Pergi Tampin beli kain pasang.

Semasa di kampung hari tu (18/2/2023), aku ikut kakak aku pergi ke Tampin untuk cari kain pasang untuk buat baju raya. Aku cuma beli kain dua helai untuk buat seluar. Kakak aku yang beli kain pasang untuk anak-beranak dia. Kitorang pergi ke Nagoya je. Lengang sungguh kat situ.

Sebelum tu, jalan-jalan dulu cari makan di Mydin.










Sekarang ni aku jahit baju family je. Dah kembali macam dulu masa mula-mula aku baru lepas habis kursus menjahit.

p/s: Dah malas nak ambil tempahan dari orang luar. Banyak sangat olahnya. Letih!

.

Tuesday, February 21, 2023

Kutipan cili bara kali yang kelima.

Assalamu'alaikum.

Kutipan cili bara kali yang kelima.

Ni entri tertunggak ni. Haha. Tak sempat nak update awal. Banyak sangat benda nak buat.

Sebetulnya, pada 13 hingga 15 haribulan baru ni, team kami petik lagi cili untuk kutipan kali yang kelima. Disebabkan pokok cili dah mula bermasalah, maka pengeluaran buah jadi terjejas. Apapun, alhamdulillah sebab masih ada banyak buah yang elok.











p/s: Kutipan kali keenam pada 26 hingga 28 haribulan ni. Moga Allah permudahkan. Aamiin.

.

Balik kampung: Pergi Port Dickson lagi.

Assalamu'alaikum.

Balik kampung: Pergi Port Dickson lagi.

Pagi Khamis lepas, 16/2/2023, aku balik ke kampung. Aku tumpang kawan yang nak balik ke Alor Gajah. Aku bawa seorang anak buah untuk temankan aku di kampung sebab kakak aku anak-beranak masih lagi berada di Perlis. Malam Jumaat tu baru dorang balik.

Esoknya, petang Jumaat tu, 17/2/2023, baru kami pergi PD tu. Sebelum tu, paginya kami ke UiTM Jasin sebab nak ziarah anak buah. Lepas tu, bawa pulak dia ke Merlimau untuk beli sedikit jajan. Lepas hantar dia balik, kamipun hala ke Tampin pulak untuk ambil kucing-kucing kakak aku yang dia tinggalkan masa dia pergi rombongan ke Perlis tu. Hauk aihh servis hotel kucing tu. Malas la nak cerita. Buat sakit hati je.

Ni gambar masa nak gerak, dalam perjalanan dan sampai kampung. 16. 2. 2023.





Sarapan dulu.






Alhamdulillah, dah selamat sampai kampung. Ni kereta kawan yang aku tumpang tu. Dia nak balik Alor Gajah.


Pokok lengkuas yang kakak tanam.

 
³


Ni aktiviti ke Jasin, Merlimau, Tampin dan Port Dickson pada 17. 2. 2023.















Kat hotel kucing ni yang hauknya. Banyak buang masa tunggu pintu tu buka. Pukul 3 petangpun tak buka lagi. Call nombor phone kedai tapi tak berangkat. Naik angin aku dibuatnya. Sudahnya, anak buah aku hantar aku dengan kakak aku balik dulu. Lepas tu, dia datang balik semula kat sini untuk ambil kucing-kucing dia. Pukul 5. 15 petang baru dia sampai rumah. Sudahnya, pukul 5.30 petang baru kami bergerak ke Port Dickson.




Akhirnya, sampai juga di Port Dickson tu. Alhamdulillah. Tengok laut, sejuk la rasa hati tu.































Masa kitorang lepak sambil makan-makan, datang la seorang lelaki yang jual kek kat bawah ni. Banyak perisa kek tu tapi aku pilih manggo cheese dan pandan. Sedap kek dia ni. Tekstur kek dia gebu, lembut dan rasapun tak manis sangat. Satu bekas tu RM10. Berbaloi sangat beli. Siapa yang nak beli, boleh la contact nombor yang ada tu.
































Simpan semua gambar di sini untuk kenangan.

p/s: Sampai jumpa lagi ya PD.

.