Pages

Tuesday, February 21, 2023

Balik kampung: Pergi Port Dickson lagi.

Assalamu'alaikum.

Balik kampung: Pergi Port Dickson lagi.

Pagi Khamis lepas, 16/2/2023, aku balik ke kampung. Aku tumpang kawan yang nak balik ke Alor Gajah. Aku bawa seorang anak buah untuk temankan aku di kampung sebab kakak aku anak-beranak masih lagi berada di Perlis. Malam Jumaat tu baru dorang balik.

Esoknya, petang Jumaat tu, 17/2/2023, baru kami pergi PD tu. Sebelum tu, paginya kami ke UiTM Jasin sebab nak ziarah anak buah. Lepas tu, bawa pulak dia ke Merlimau untuk beli sedikit jajan. Lepas hantar dia balik, kamipun hala ke Tampin pulak untuk ambil kucing-kucing kakak aku yang dia tinggalkan masa dia pergi rombongan ke Perlis tu. Hauk aihh servis hotel kucing tu. Malas la nak cerita. Buat sakit hati je.

Ni gambar masa nak gerak, dalam perjalanan dan sampai kampung. 16. 2. 2023.





Sarapan dulu.






Alhamdulillah, dah selamat sampai kampung. Ni kereta kawan yang aku tumpang tu. Dia nak balik Alor Gajah.


Pokok lengkuas yang kakak tanam.

 
³


Ni aktiviti ke Jasin, Merlimau, Tampin dan Port Dickson pada 17. 2. 2023.















Kat hotel kucing ni yang hauknya. Banyak buang masa tunggu pintu tu buka. Pukul 3 petangpun tak buka lagi. Call nombor phone kedai tapi tak berangkat. Naik angin aku dibuatnya. Sudahnya, anak buah aku hantar aku dengan kakak aku balik dulu. Lepas tu, dia datang balik semula kat sini untuk ambil kucing-kucing dia. Pukul 5. 15 petang baru dia sampai rumah. Sudahnya, pukul 5.30 petang baru kami bergerak ke Port Dickson.




Akhirnya, sampai juga di Port Dickson tu. Alhamdulillah. Tengok laut, sejuk la rasa hati tu.































Masa kitorang lepak sambil makan-makan, datang la seorang lelaki yang jual kek kat bawah ni. Banyak perisa kek tu tapi aku pilih manggo cheese dan pandan. Sedap kek dia ni. Tekstur kek dia gebu, lembut dan rasapun tak manis sangat. Satu bekas tu RM10. Berbaloi sangat beli. Siapa yang nak beli, boleh la contact nombor yang ada tu.
































Simpan semua gambar di sini untuk kenangan.

p/s: Sampai jumpa lagi ya PD.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^