Assalamu'alaikum.
Rombongan geng cili bara.
Semalam, 7/3/2023, team cili bara ada buat rombongan ke Felda Chegar Perah atas jemputan dari pengurus sana. Katanya ada jamuan kat situ. Tapi, atas sebab miss communication, bila kami sampai, apapun takde. Rupanya, majlis tu ditunda kepada hari ini. Takde la kuasa kami nak datang balik semula. Heh.
Semangat semuanya.. Kami siap beli baju weii..
Sunyi sepi takde orang. Apa nak dikata. Alahai je laa..
Disebabkan takde majlis di situ, maka team kamipun pergi la melencong ke Gua Musang. Dapat jugak pergi tempat orang walaupun sekadar makan angin. Haha.
Gulai kari ayam dia manis. Putus selera makan. Tapi sebab lapar, paksa jugak telan. Maaf la, tak mampu nak habiskan. Sedih sebab membazir.
Lauk semuanya berasaskan ayam. Tanya lauk daging tapi nan hado. Mungkin ayam murah kot kat sini. 🤔
Mahal harga sekeping roti canai kat sini. Tak campur air lagi tu. Lepas ni kita bawa bekal je la ya..
Dah, jom la kita balik. Cukup la pengalaman datang ke tempat orang.
p/s: Ada whatsapp tapi kalau tak tau nak update info, pun tak guna jugak. ✌️✌️✌️
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^