Pages

Friday, April 28, 2023

Raya 2023: Buat lemang sampai dua kali.

Assalamu'alaikum.

Raya 2023: Buat lemang sampai dua kali.

Alhamdulillah, raya tahun ni kakak aku buat lemang lagi. Masih lagi guna daun lerek. Buluh dan daun lerek tu adik bongsu aku yang sediakan. Lain-lain kerja tu kami semua buat sama-sama. Cuma masa isi pulut dalam buluh, aku dengan kakak aku yang buat. Dah kami berdua je orang tua yang ada.




Adik-beradik yang lain tak balik beraya di sini. Maka, kami lima beradik je beraya di sini. Lagi empat beradik beraya di kampung. Ikut la nak beraya di manapun. Bila mak abah dah takde, memang beginilah situasinya. Terima je la.






Kami buat lemang sampai dua kali. Kali pertama buat masa malam raya tu. Hujan la pulak malam tu tapi mujurlah tak lebat sangat. Buat lemang dalam enam kilo beras pulut. Dapat la 23 batang. Buluh lemang kali ni kecil dan pendek. Tu yang dapat banyak batang tu.

Sebelum buat lemang, kami buat rendang dulu. Aku buat rendang daging manakala kakak aku buat rendang ayam pencen. Rendang daging enam kilo dan rendang ayam pencen empat ekor. Pandai-pandai kami la buat macam manapun. Haha.







Tutup dengan zink untuk elakkan air hujan terkena pada api dan lemang.











Kepala lemang. Sedap ni. Lemak berkrim.
 

Mujurlah ada anak-anak buah yang membantu. Kalau tak, memang apapun tak buat. Mana la kami orang tua ni larat nak buat semua kerja.






 





Kali kedua buat lemang pada malam raya ketiga. Kakak aku nak bawak lemang balik ke kampung. Tu yang gigih buat tu. Kali ni buat tiga kilo pulut. Dapat la 17 batang lemang.









 



Alhamdulillah, lemang semua okay. Takde yang mentah, separuh masak atau rentung. Jiran aku siap nak beli lemang ni tapi kami bagi je la pada yang meminta. Tak mampu la nak bagi semua orang. 

Hari raya, orang pergi beraya tapi aku dengan kakak aku bantai tidur. Sakit pinggang tak boleh bawa bincang. Kakak aku siap demam lagi. Penangan sungguh raya kali ni. Tapi takpe la, ni semua akan jadi kenangan.

p/s: Tahun depan tak pasti lagi macam mana. Jika panjang umurpun, rasanya tak buat dah lemang ni. Dah tak larat nak buat.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^