Pages

Thursday, August 22, 2013

Balut atau bungkus..?

Assalamualaikum...

Balut atau bungkus..?


Apa bezanya antara balut dan bungkus selain daripada ejaannya..? Ni kena tanya dengan guru bahasa ni.. Kalau tanya kat aku, dengan konpidennya aku jawab; sama je... hehhh...


Semalam aku dok balut buah belimbing besi ni.. Sayang pulak tengok buah tu masih lagi cantik.. Sebelum ni dah berpuluh kali dah pokok ni berbuah tapi aku buat tak kisah je.. Pandang macam tu je.. Tapi kali ni tetiba je angin rajin tu datang.. Sanggup pulak tu dok dua tiga kali ulang alik daki bukit, masuk dalam rumah ambil surat khabar lama, pastu patah balik ambil stepler, pastu patah balik lagi sekali ambil enpon.. 


Tapi okay gak, keluar jugak peluh. Terbakar jugak lemak yang dah mendap dalam perut ni.. ehehh...


Ada aje minah enterframe ni... cehhh...


Pokok belimbing ni ada dua pokok je kot.. Tapi aku cuma bungkus buah yang kat hujung dahan pokok ni je.. Tempat lain tu aku tak tengokpun. Lagipun tinggi.. So, aku buat mana yang tercapai dek tangan je la.. Tak ghajin den nak manjek pokok tu dohh haiihhh... ahaha...


Belum apa-apa lagi dah kecur air liur dah.. :D


p/s: Harap-harap takde la tupai yang nakal pergi gigit kertas pembungkus tu..Lagipun banyak kerengga kat pokok belimbing ni.. Kalau tupai tu rela kena gigitan manja kerengga tu, silalah pergi kat dahan tu ya... ahahh...

1 comment:

  1. Salam.

    Apa ni kak..lemak mendap dalam perut? kelakar part tu,hahahah

    Buah belimbing pun ada..apa je yg takda kat tanah akak ni.. *_*

    Nak suh abah buat rumah kt kampung..nak ada tanah T__T

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^