Assalamu'alaikum.
Cara mudah bakar biji gajus.
Yeszzaaa...! Hahaha.
Sekarang ni aku dah malas dah nak bakar biji gajus ni guna oven letrik. Oven besar, power kuat, nanti bil letrik mencanak naik. Tak kuasa aiihh nak bayar bil letrik banyak-banyak ni. Pening kepala dibuatnya nanti. Heh. Makanya, aku kenalah cari cara alternatif untuk membakar biji gajus ni, kan? Dan caranya mudah sesangat weh. Hehe.
Korang gunakan aje kuali non stick ni. Biji gajus tu korang lalukan bawah air sekejap. Lepas tu, toskan sampai kering. Tos sampai takde air yang menitis. Kalau tak nak lalukan bawah airpun takpe jugak. Boleh je terus guna. Ikut masing-masing la, ya tak?
Kemudian, korang taburkan sedikit garam halus dan gaul untuk ratakan garam tu. Lepas tu, dengan menggunakan api dapur yang paling kecil, korang tutuplah kuali tadi.
Apabila dah ada bau, korang boleh la buka tudung periuk tadi dan kacau-kacau la biji gajus tu. Balik-balikkan dia. Garam tu tak hancurpun tapi biji gajus tu tetap ada rasa masin.
Okay, dah siap dah biji gajus yang dibakar dengan kuali non stick ni. Biarkan sejuk dahulu. Lepas tu, boleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara. Garam tadi tak payah la kaut sekali tapi jika nak masukkan sikit, sekali lagi terpulanglah pada kehendak masing-masing. Jangan risau biji gajus tak masak. InsyaAllah, elok je dia masak sebab kuali tu kita tutup dengan tudung periuk. Kiranya macam bakar dalam oven jugak la. Lagipun biji gajus ni lembut je dan bukannya keras macam biji badam tu.
Dan, boleh la jadikan biji gajus bakar ni sebagai kudap-kudapan sambil menonton tv. Buat sendiri lagi jimat dari membeli. Biji gajus mentah macam ni setengah kilo harganya dah hampir RM25. Itu harga untuk masa bulan puasa hari tu. Sekarang ni tak tau la berapa harga dia. Kalau yang dah siap panggang tu, lagi la mahal harganya. Jadinya, mana yang boleh kita jimat tu, kita berjimat la tapi kenalah ada usaha iaitu rajin buat sendiri. Hehe.
Bagus makan biji gajus bakar ni. Kentut meletus-letus keluar. Pembuangan bahan buanganpun lancar je. Badanpun rasa ringan je. Takde la badan rasa sebu dan berat je. Hahaha.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^