Assalamu'alaikum.
Main kukus-kukus dan bakar-bakar je.
Hampir dua minggu ni, aku cuma masak jenis kukus-kukus dan bakar je. Dah jarang sangat dah nak masak yang bergoreng kecuali la goreng karipap ataupun keropok. Bukan sebab harga minyak masak yang naik tapi sebab nak kurangkan makan makanan yang berminyak. Maklum la, penyakit dah datang ni, macam-macam la kena berpantang makan. Bukan pantang jumpa tau. Kalau pantang jumpa ni memang bahaya la jawabnya. Haha.
Mula-mula tu, aku kukus guna pengukus. Tapi lepas tu, aku gunakan kuali non stick dan tutup dengan tudung periuk. Cuma aku letakkan sedikit air dalam setiap masakan supaya masakan tak kering dan cepat hangit. Ikan yang biasa aku gunakan adalah ikan kembung, ikan tongkol dan ikan siakap serta ayam tapi ayam ni biasanya aku bakar.
Jom la tengok gambar yang sempat aku ambil.
Ini pulak ayam yang aku bakar. Aku letakkan jugak sedikit air dan masak hingga air tu kering. Api pulak aku gunakan api yang perlahan dan tutup kuali tu untuk mempercepatkan proses memasak dan supaya wap tak lepas keluar.
Terung ni kena keluarkan awal sebab dah masak dah.
Hari ni, aku dok kukus ikan kembung dengan kentang ni pulak. Sekejap je dah masak dah. Dalam masa lebih kurang 10-15 minit, dah siap dan dah boleh makan.
Dah masak dah. Jemput makan! Haha.
Bahan yang aku masukkan dalam ikan kukus dan ayam bakar aku tu sama je. Aku gunakan bahan asas je. Aku masukkan bawang putih, halia, bawang besar, cili besar, sos tiram, serbuk lada hitam, sedikit kiub ayam Knorr dan air perahan lemon. Kulit lemon tu jangan dibuang. Potong kecil dan masukkan sekali dalam bahan. Bawang putih dengan halia tu aku titik-titik gitu je. Kalau malas, aku main hiris je. Gaulkan semua bahan dan perap sekejap. Jika tak nak perap pun takpe. Boleh je terus masak. Lagipun kuali tu kita tutup. So, wap tu akan terperangkap dalam kuali tu je.
p/s: Mudah dan ringkas serta berkhasiat. Ye ke berkhasiat? Ahahaha.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^