Pages

Wednesday, August 10, 2022

Food processor dari tiktok.

 Assalamu'alaikum.

Food processor dari tiktok.


Hari tu aku kena racun dengan iklan di tiktok. 🤭🤭🤭 Selama ni, aku tak pernah beli barang kat situ. Selalunya aku tengok je orang share apa yang dorang beli. Kali ni, aku pulak terjebak. 😁😁😁

Mula-mula, aku beli food processor isian 3L. Tak sampaipun RM50 sebab ada diskaun RM10 dari tiktok. Lepas tu, aku beli pulak 6 buah bongkah cendawan tiram. Tak sampaipun RM20. Bongkah cendawan ni belum sampai lagi. Dah sampai nanti, aku update la dalam fb, tiktok dan blog. Hiks..

Alhamdulillah. Food processor yang aku beli melalui tiktok dah sampai dah. Isian 3 liter. Takde brand pun takpe la. Janji boleh guna. Harga? RM47.90 je selepas tolak diskaun RM10. 



Dulu, aku berangan nak beli food processor brand Philips tapi sampai sudah tak beli-beli. Akhirnya, aku beli yang ini je. 🤭🤭🤭 

Dua-dua benda ni memang dari dulu aku nak beli tapi tertahan-tahan. Jadi, hari ni aku lepaskan segala rasa nak beli tu. Takde nak tahan-tahan dah. Haha. 






Kiranya ni reward untuk diri aku la. Nak beli novel, asyik ebook je yang keluar. Dah la aku ni tak minat dengan ebook. Tu yang beli benda lain. Tukar haluan la pulak. Gittew..!



p/s: Korang dah terjebak ke belum? Haha.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^