Pages

Wednesday, August 10, 2022

Tauhu berlauk dari newbie. 🤭

 Assalamu'alaikum.

Tauhu berlauk dari newbie. 🤭


Ni kali pertama aku buat tauhu berlauk ni. Walaupun umur dah masuk kategori warga emas, tapi aku tetap nak mencuba. 😁 Gigih aku cari bahan di pekan sehari tapi tup-tup lupa nak beli carrot. Maka, putih aje la warna tauhu berlauk aku ni. Haha.











Bahan tauhu berlauk aku:
.
3 ketul isi ayam 
2 biji telur C (ini je saiz yang ada)
3 ketul tauhu lembut
2 tiub tauhu telur
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam kisar
3 pokok daun sup
4 tangkai kacang buncis - gantikan carrot
.
Masukkan semua bahan dalam blender atau food processor. Kisar lumat. Then masukkan dalam acuan lompang. Kukus hingga masak atau tauhu tu nampak kenyal.

Jika kisar guna blender, boleh masukkan sedikit air untuk senang mengisar. Anggaran suku cawan je. Jangan letak banyak air. Aku kisar guna blender je sebab food processor takde lagi. Baru nak order. 😁😁😁








p/s: Sedap rupanya tauhu berlauk ni. Ada rasa macam nugget sikit. Lepas ni boleh la buat selalu.

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^