Assalamualaikum...
Siapa yang taknak Kaya kan. Semua orang nak Kaya. Kalau boleh Kaya serba serbi bermula dari A hingga Z. Kat sini aku ada resepi untuk menjadi Kaya.... muehehehehe....
JEM KAYA
Bahan-bahan:
1 biji kelapa (jadikan 4 cawan santan)
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 helai daun pandan/1 sudu makan perisa pandan
Cara-cara:
1) Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2) Kemudian masukkan santan. Kacau biar sebati.
3) Kacau/masak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
4) Masukkan daun pandan/perisa pandan. Biarkan men-
didih seketika.
5) Masukkan pula bancuhan tepung jagung (sambil masuk
tu, tangan yang sebelah lagi teruskan mengacau supaya
Kaya tak bergentil).
6) Teruskan mengacau sehingga Kaya mendidih dan pekat.
7) Bila Kaya sudah agak pekat, bolehlah matikan api dapur.
p/s: Jika kurang manis, boleh la di tambah sedikit gula lagi. Boleh juga letak pewarna yang disukai. SELAMAT MENGACAU..!!
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^