Pages

Tuesday, February 9, 2010

HATI INI TELAH DILUKAI...sobbss...

Assalamualaikum....

Masa ni, aku sedang melayan perasaan dengan mendengar lagu Hati Ini Telah Di Lukai dendangan bersama KD dan Ajai. Ada beberapa perkara yang menyebabkan hati aku bagai disagat2. Terasa ngilu dan pedih sangat. Ini bukannya sebab putus kasih, putus cinta, ataupun putus jari... Errr.... Gilerr kalau putus jari. Lagi2 jari manis.... ekekekeke... Tapi kalau putuspun apa salahnya, cepat sikit nak keluarkan cincin yang ada tersarung kat situ... huhuhu....

Hati aku telah dilukai kerana....(sila berikan pendapat ataupun jawapan anda yaa.... tenkiu...)

1) Bila ada kawan yang menipu anda dengan tujuan untuk memuaskan hatinya sendiri. Kiranya orang ni mahu membalas dendam kepada orang lain, tetapi anda yang menjadi mangsa penipuan beliau.

2) Bila rahsia anda dibocorkan. Anda percayakan kawan anda yang seorang ni dan anda bercerita tentang rahsia anda kepadanya. Tiba2 anda mendapat tahu dari orang lain bahawa kawan anda yang sangat anda percayai ini telah membocorkan rahsia anda itu.

3) Apa perasaan anda jika kawan anda hanya menghubungi anda di saat dia ada masalah sahaja. Sedangkan bila anda ada masalah, dia seolah2 menjauhkan diri, seperti tidak berminat untuk mendengar sebagaimana anda yang begitu tekun dan setia mendengar masalah beliau.

4) Kawan2 anda menghina fizikal anda padahal mereka hanyalah kawan2 siber anda sahaja. Adakah anda akan terus berkawan dengan mereka ataupun mengabaikan sahaja mereka itu sedangkan anda teramat sayangkan ikatan persahabatan yang terjalin.

5) Apa kata hati anda jika selalu disajikan dengan cerita yang sama oleh kawan anda. Balik2 cakap hal serupa. Macam la takde benda yang lebih penting dari cerita yang sama tu. Sedangkan dalam masa yang sama, anda juga ingin mengadu hal anda dengan dia. Adakah anda akan merasa seperti dipinggirkan.

6) Bagaimana pula dengan sikap anda jika ada kawan yang meminta pendapat atau nasihat anda, tetapi bila sudah diberi nasihat itu, dia tidak pula mahu mencuba untuk mempraktikkannya. Adakah anda akan merasa sia2 sahaja nasihat anda itu seumpama mencurah air di daun keladi.

7) Apa pula perasaan anda jika hadiah yang anda beri pada kawan anda tidak dihargai. Bila ada selisih faham je, kawan anda akan kata yang dia malu nak guna atau terima barang tersebut dan ingin memulangkannya kembali sedangkan anda bagi hadiah tu dengan penuh keikhlasan.

8) Perlukah kawan anda bercerita/memberitahu hal anda dengan kapel/ pasangan dia. Dan anda sememangnya tidak suka orang bercerita mengenai diri anda sebagaimana anda tidak suka bercerita hal yang berkaitan kawan anda itu kepada orang lain.

10) Adakah anda sedih jika kawan anda itu mempermain2kan perasaan anda seperti memperlekehkan dan memperbodoh2kan anda. Tidakkah anda rasa terhina dengan perbuatan kawan anda itu.

p/s: Kadang2 DIAM itu adalah LEBIH BAIK untuk MENJERNIHKAN keadaan, sebagaimana jernihnya AIRMATA yang jatuh berguguran membasahi pipi.

Menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa itu mudah. Mengeruhkan keadaan juga mudah. Tapi untuk mendapatkan kembali sepenuh kepercayaan itu amatlah PAYAH. Dan jangan salahkan aku jika aku bersikap dingin denganmu (sila dengar lagu Dingin Ziana Zain yaa..)

8 comments:

  1. ni macam akak kecewa dgn kawan je ni..ish ish ish kalau kawan tu x dpt menerima kita bukan kawan la jawabnye kan??

    ReplyDelete
  2. ssh nak cari kwn sejati hdp ni lak perlu kwn.. kalo kwn byk melukai hati lebih baik jauhkan diri je

    ReplyDelete
  3. benda2 mcm ni la yg slalu buat kita memilih utk menjauhkan diri dr kwn2 kan..tp akhirnya kita sunyi..huhu...

    ReplyDelete
  4. salam kak azz~

    bg sy, sy xkisah dorg wat apa ngan sy...sy pnting sy ikhlas berkwn ngan dorg n sy terima dorg seadanya... n sbb itu ar sy hnya ada my best buddy Mr Dude n my ex-bf My Sp yg bnar2 memahami n amanah.. tp ngan mereka pun sy xselalu citer msalah sy sbbnya sy sndri tau yg dorg pun ada prob.. :)
    datz y, sy suka menulis kat blog.. blog adalah luahan atie sy wlaupun kekdg sy tkar citernya.. ;p

    ReplyDelete
  5. Hatim~> bukan kecewa... cuma kadang2 terasa gak hati ni.. Saja je luahkan kat sini, manatau kot2 ada orang lain yang mengalami situasi yang sama, boleh jugak dorang amek pendapat dari komen2 korang kannn...

    Ada kawan yg menerima kita sebagai kawan atas tujuan tertentu. Yg ni paling akak takut...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Maiyah~> zaman sekarang ni semuanya susah.. Kena banyak bersabar....

    Kadang2 kawan yg suka melukakan hati ni la yg kita sayang sekali...sbb kita banyak kongsi cerita dengan dia...Tu yg susah nak jauhkan diri tu....

    ReplyDelete
  7. Nami~> ya betulll... Nak tak nak, kita terpaksa menerima jugak kawan yg mcm tu.. Selagi boleh tahan, selagi tu la berkawan..

    Kadang2 kita jugak melukakan hati kawan kita tanpa sedar... Tup2 kawan kita tu menjauhkan diri dari kita, mesti kita tercengang2 dan fikir kenapa dia berubah secara tiba2 je kann...

    ReplyDelete
  8. LP Lum~> wassalam Linda... Ya betul gak tu. Kitapon tak boleh la nak bebankan semua masalah kita kat kawan kita tu even mcm mana baikpon dia, kita kena fikirkan jugak masalah dia..

    Akakpon kdg2 luahkan jugak kat blog, tukar gak sikit2 jalan cerita.. Mana boleh cerita secara detail sangat kann...sikit2 bagi intro atau hint dah la kann...muahahaha...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^