Pages

Wednesday, February 10, 2010

SHARING IS LOVING.... ekekeke....

Assalamualaikum....

Post aku yang terdahulu telah mengecilkan hati seorang insan yang terasa dengan isi kandungannya. Aku minta maaf banyak2 kerana telah membuatkan dia merasa sedih, sampai menangis guling2 mengalahkan aksi Kajol yang kesedihan masa nak naik keretapi meninggalkan Shah Rukh Khan dalam Kuch Kuch Hota Hai... ekekekeke (yang ni aku tambah skrip. Kena bagitau sebab kang dia merajuk lagi pastu cakap manade orang buat camtu...). Susah woo nak pujuk orang merajuk ni... huhuhu...

Untuk meredakan keadaan, aku buat la post pasal petua pulak ya. Ni petua yang aku ciplak dari majalah Jelita keluaran Jun 1999. Jika anda mahu kekal jelita dalam usia yang sudah tua, rajin2 la membaca majalah Jelita ini yaa.... muahahahaha.... Gedik tak..?? Gedik tak..?? Alaa... sekali sekala aku nak jugak jadi gedik2 ni. Ala2 ulat nangka giteww... tergedik2.... tergedik2.... hikhikhik...

Okay... teruskan pembacaan pada petua yang telah diolah semula oleh editor tersohor ini... wakakakakaka... Isi bakul tapi tak boleh nak angkat sendiri nampakkk... hahaha...

1) Melegakan kencing tidak lawas (Jangan suka tahan2 kencing ya sayang. Bahaya untuk kesihatan dan masa depan...kuikuikui...).

~> Bagi sesiapa yang menghidap kencing berdarah atau kencing tidak lawas, ambil dua genggam barli. Basuh dan rebus sehingga kembang serta masukkan seketul garam kasar. Masa nak minum, masukkan sedikit gula dan amalkan meminum air rebusan barli ini setiap hari. Insyaallah, ianya akan berhasil dan anda tidak akan merasa seakan2 nak terkucil je. Bila dah minum barli ni kan, korang pasti rasa kerap nak kencing. Kadang2 air kencing tu keluar sikit je dan ada ketikanya ia keluar dengan banyak sekali sehinggakan naik lenguh mencangkung lama2.... ekekekeke....

2) Penawar santau (Berdosa la santau2 orang ni... huhuhu...).

~> Ambil tanah liat yang bersih (dikorek sebelah dalam yang bersih). Kemudian bancuh dengan anggaran segelas air dan tapis. Baca selawat 3 kali dan terus minum air tersebut. Selepas sahaja minum air tanah liat tadi, sambung pula minum air kelapa muda terus menerus dari buah kelapa tersebut (jangan tuang ke dalam gelas). Insyaallah, terubatlah segala santau yang terkena pada anda itu. Seelok2nya ambillah tanah liat yang kat tepi sungai. (Jangan ambil tanah liat kat tepi perigi buta sudah la yaa... muahahaha....).

3) Cantikkan kuku (Sesuai untuk orang yang malas memasak..).

~> Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit. Kemudian gosokkan bawang putih tu kat kuku dan biarkan seketika selama 15 minit. Selepas tu bolehlah dicuci kuku anda itu. Hasilnya pasti akan memukau mata sang harimau yang berkuku hitam... kakakakaka....

4) Lebatkan bulu kening (Bukan lebatkan bulu ketiak tau.. LOL...).

~> Ambil (jangan curi) batang pucuk paku, ramas2 hingga keluar lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut kat kening yang nipis tu. Boleh juga gunakan lendir ni untuk tujuan melebat dan menghitamkan rambut. Caranya, lumurkan lendir yang dicampur dengan sedikit air kat rambut dan bungkuslah rambut tersebut. Lakukan pada sebelah malam. Esoknya barulah dibasuh dengan syampoo dan bilaslah bersih2. Amalkan seminggu sekali sahaja selama sebulan. Insyaallah, selepas tu bolehlah anda menerima tawaran sebagai model Pantene.... ahakkk...

5) Senggugut (Beli je pad herba Avail kat aku, konpem selesai segala masalah... hahaha..).

~> Ambil segenggam halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan halia tu ke dalam segelas air panas/suam. Kacau dan biarkan seketika sehingga halia tadi mendap. Lepas tu barulah minum dengan membaca Bismillah serta selawat terlebih dahulu. (kalau nak lagi sedap, letakkan sesudu susu pekat manis.... mabelesss, i tell u....).

6) Hilangkan parut muka (Parut luaran je. Parut kat dalam tu biar je la, bukan ada siapa yang nampakpun... kannn... hihihi...).

~> Ambil kulit pisang emas/berangan dan sapukan bahagian dalam kulit pisang tu pada parut tersebut. Lakukan setiap hari/malam sehingga parut tu hilang. Insyaallah, ianya berkesan dan selain itu, kulit juga akan turut menjadi licin selicin minyak pelincir... huahuahua...

7) Kulit muka gebu dan licin.

~> Ambil segelas susu segar, sapukan pada muka anda serta gosok2 sehingga rata. Biarkan ianya melekit dan kering seketika. Selepas itu barulah dicuci muka anda dengan air suam. Lakukan begini dua kali seminggu. Insyaallah, kulit muka anda akan gebu segebu2nya. (tapi kalau muka jenis kurus cengkung, mana datang gebunya kann.... huhuhu...)

p/s: Aku harap tidak ada lagi orang yang akan tersinggung dan berkecil hati dengan segala post yang dipaparkan. Susah la aku nak cari makan kalau asyik ada je yang merajuk dengan post aku ni. Berpeluh ketiak aku memujuk wehhh.... wakakakakaka....
.

12 comments:

  1. tula akak post makan dalam punyaa.ni kate takde air,bagila petua membuang air besar ketika krisis air hehe

    ReplyDelete
  2. bagus petua ni azz..anak akak yang umor 14 tahun tu dah kena kencing tak lawas,,sian dia..tah kenapa tah..awal sangat dia kena...akak bagi minum air barli aje,,tak campur garam kasar pulak..

    ReplyDelete
  3. salam kak azz~

    sape yg trasa 2 kak?? kalo akak kutuk den pun, den xtrasa sobabnya den nie dah batu... dah lali... ;)

    ReplyDelete
  4. Hatim~> takde la Tim....Bukan semua ditujukan utk dia....tapi dia terasa seolah2 semua tu akak kenenkan kt dia... Manja la dia ni...huhu..

    *Senang je petua nk buang air besar tp takde air tu... Apa susahnya, ko amek je plastik sampah yg hitam tu, pastu ko letakkan plastik tu kt mangkuk tandas tu...ko bukak la mulut plastik tu dulu, then apa lagi, buang je la kt dlm plastik tu... Dah selesai keje tu, ikat ketat2 plastik tu dan letakkan kat tmpt pembuangan sampah...kakakakaka..

    ReplyDelete
  5. Kak Erna~> haaaa..elok bg air barli ni kak. Anak buah sy pon mak dia bg minum barli gak. Sebaya la dia dgn anak akak tu. Mungkin sbb saiz badan besar kott yg cepat dpt kencing tak lawas ni...

    Lagi satu petua, rebus daun misai kucing, pastu minum air rebusan tu.. Adik kawan sy org Indonesia 3 tahun kena sakit ni, pastu dia amalkan minum air misai kucing ni, terus baik..

    Moga anak akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. Aboi~> yg tu akak tak pasti lak.. Tapi mungkin la susu segar dlm kotak kot... Takkan la susu kambing yg baru lps perah sapu kt muka, mau mengelupas muka tu nnt...susu kambingkan panas...huhu...

    ReplyDelete
  7. LP Lum~> wassalam Linda... ada la orang yang terasa... Sian dia kecik ati dgn akak... Nyesal lak rasanya buat post tu huhu...

    Apsal lak akak nak kutuk ko Linda oiii... Takde sebab nak kutukpun kann... Akak ni batu gak, tp salu gak terasa ni...tu yg kdg2 buat diam je tu....pujuk ati sendiri...sbb dh takde org yg nak tolong pujuk kan ati ni...ekekeke...

    ReplyDelete
  8. Maiyah~> lama mana la nak simpan... Kdg2 kena gak luahkan untuk minta pendapat dr orang lain.. Selagi kita tak tau cara penyelesaian, selagi tu la masalah akan berterusan...

    ReplyDelete
  9. banyak petua bagus2 ni
    tahun 1999 aku ting 6 rendah lagik

    aku nak jelita... cr majalah jelita ler pas ni

    ReplyDelete
  10. Ah Fatt~> hahaha... Ko memang dah jelita pon.... hehehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^