Pages

Sunday, September 26, 2010

NAK 1000 DAYA: Jangan banyak sangat alasan boleh tak..??

Assalamualaikum....


Aku baru je selesai tengok bola.. Sambil tengok tu, aku kopek la ikan bilis. Macam tu la selalunya. Kadang-kadang aku lipat kain-baju.. Kadang-kadang aku kupas segala jenis bawang.. Semua ni cara aku untuk menjimatkan masa... ;p

Selalunya aktiviti begini aku buat waktu malam laa sebab waktu siangnya aku buat kerja lain.. Jadi, tak timbul soal tak cukup masa nak buat semua benda ni.. Kecuali la kalau dok ngadap je tv tu tak kelip-kelip mata, memang satu bendapun tak jalan. Ni tak, ada sesetengah orang tu kalau tengok cerekarama siap melangot tak bergerak-gerak dari depan tv tu. Ada yang sanggup tahan nak kencing tu...!!! Apa ke halnya.. Kan ke bagus sambil menonton tu ajak anak-anak sekali tolong lipat baju ke... buang taik bilis ke... Takde la nanti tergocoh-gocoh nak kena buat semua benda.. Lepas tu nanti mula la merungut, cakap semua kerja dia nak kena buat seorang padahal dia sendiri yang tak pandai nak curi-curi masa. Yang peliknya, tak cukup masa nak buat kerja rumah, tapi ada pulak masa nak mengadap fesbuk... siap main game lagi tu mengalahkan anak-anak dia lak... Isshhh... isshhhh... issshhhh.... isteri siapa la tu gamaknya yaa... =D

Seronok la mak aku ni.. Boleh main cekot je sesedap rasa... kehkehkeh...


Aku memang praktikkan benda ni dekat anak-anak sedara aku yang masih kecik ni terutamanya yang perempuan laa. Kalau dorang balik sini, aku akan ajak dorang buat benda-benda camni. Sambil-sambil tu aku bercerita la kisah apa-apa je, asalkan dorang tak berganjak dari situ. Kadang-kadang aku akan cakap siapa yang rajin tolong, nanti dapat aiskerim apa je yang dorang nak. Alaaa, berapa sangat la nak beli aiskerim tu kan.. Tak habispun 10hengget. Kadang-kadang 5hengget je dah cukup. Bukannya selalupun kopek bilis atau kupas bawang ni. Yang bagusnya, ada di antara anak-anak sedara aku ni lebih suka makan aiskerim yang murah berbanding yang mahal.. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak masuk dalam pinggan makcik dorang ni kannn... hikhikhik...

Sebenarnya aku takde idea nak tulis cerita apa. Cerita yang aku buat siang tadi hilang camtu je gara-gara line tenet yang kejap ada, kejap takde. Sudahnya, keluar la cerita yang entah apa-apa ni haa..... =D

***Macam la selama ni cerita aku ada apa-apa yang menarik.... huahuahua...


Aku kata: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (pintas.. ;p). Di mana ada tanda larangan, di situlah ramai yang bertandang.... Errrr.... =)))

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^