Pages

Monday, March 14, 2011

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Assalamualaikum...

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Apa yang penting, aku memang tak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Keadaan dalam panggung itupun aku tak tau macam mana melainkan tengok kat dalam tv je.. :-)

Kenapa aku tak pernah masuk panggung..?

Akupun tak tau kenapa. Apa yang aku tau, mak aku tak suka kalau aku masuk panggung ni. Bukan untuk aku je, malahan kalau boleh mak aku tak suka anak-beranak dia masuk panggung apatah lagi menjadi panggung tegar. Asal ada cerita baru je, mula la gatal bontot nak masuk situ. Namun, bukan semuanya jenis mendengar kata. Ada jugak yang ketegaq...

Hari tu, anak buah aku yang perempuan bertanyakan soalan yang sama, kenapa aku tak suka masuk panggung. Aku jawab, Uwan (mak aku) tak suka. Dia tak puas hati dengan jawapan aku tu. Dia tanya lagi, tak kan sebab itu je kot. Aku jawab, takut nanti tiba-tiba panggung tu terbakar, nanti mati dalam keadaan tengah suka-suka tengok wayang yang entah apa-apa. Dia gelak je. Dia kata lagi, laaa... ke situ pulak yang difikir. Dan aku jawab, mesti la, sebab kita bukan tau bila kita nak mati.. kann.. Dan diapun diam..

Teringat jugak pada insiden yang sama sewaktu aku bekerja dulu. Selama berbelas tahun aku dok ulang-alik kat depan panggung tu bila keluar berbelanja, tak pernahpun aku nak cuba-cuba menjejakkan kaki ke situ. Pernah jugak kawan-kawan serumah mengajak aku sertai mereka dan aku beri jawapan yang sama, iaitu nanti mak aku marah. Dorang boleh gelak-gelak lagi dan cakap, mak akak bukannya tau, jangan la bagitau dia. Hamboii... Bukan main lagi mengajar aku menipu ehh..

Memang betul mak aku tak tau. Memang betul mak aku duduk jauh dari aku. Tapi naluri aku menyatakan bahawa mak aku tau apa yang aku buat. Tak sampai hati rasanya aku nak menipu mak aku. Korang tak rasa berdosa ke menipu orang tua korang ehh..?? Lebih-lebih lagi yang menipu orang tua, mintak duit kata nak beli buku atau peralatan sekolah, tapi sebaliknya melencong ke tempat macam tu.. Ishhh.. ishhh.. ishhh... Anak siapa la gamaknya buat pe'el macam tu yaa. Macam mana la ilmu tu nak berkat. Macam mana la rezeki tu nak melekat. Tu yang asyik bersungut je duit manjang tak cukup tu... =D

Bagus jugak rasanya tidak menjadi panggung tegar ni. Bayangkan kalau mula masuk panggung seawal usia 13 tahun hinggalah sekarang, dah berapa banyak duit yang dilaburkan. Itu kalau tengok sorang-sorang. Macam mana pulak kalau 'terpaksa' belanja kawan-kawan yang lain, yang kerjanya meng'pow' je..?? Dan berapa banyak pulak masa yang dibuang sepanjang ulang-alik ke panggung tu..? Zaman sekarang ni semua nak kena bajet. Jangan kerana hiburan, sanggup membazir semua tu. Membazir itu amalan sitan bertanduk... :p

Aku kata: Tengok tv je.. =))

10 comments:

  1. ss pon tak penah masuk panggung..layan cite kat tb jek..kolot ke? biarlah..janji mak ayah tak marah kan? ngehh


    psstt : Anda masih ada ayah? Hargailah dia sebelum ...

    ReplyDelete
  2. ye ke, sapa yang cakap tu.makcik pernah masuk panggung, tapi tak boleh layanlah. selalu nak tidur, lepas tu makcik tak minat nak pergi lagi.apa yang best sangat tu.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni panggung dah masuk dalam rumah. langgan yo kek stro tu. macam2 citer mak limah ado haha..

    ReplyDelete
  4. hehe..subscribe astro first je la camni..bleh tgk panggung kat rumah..=p

    ReplyDelete
  5. Siti Safiyyah>

    Kann.. Lantak dorang la nak kata kita ni kolot ke, apa ke... Janji kita tak kena marah dan tak membazir... =)

    ReplyDelete
  6. Cik Ina>

    Hehehe.. Buat rugi je masuk panggung pastu tertido... Kalau tertido depan tv kat rumah takpe la.. Untung2 ada orang yang tolong selimutkan.. haha...

    Takde sape yang katapun.. Sebelum orang kata, baik buat entri perisai dulu... hikk..

    ReplyDelete
  7. Kak Pah>

    Hahaha... Makin kayo la si AK tu kak... Tahun ni dah jadi org no-4 kayo kek Malaysia ni... Tak koso dohh aii nak molabur kek astro tu.. Sikit2 dah la, sesuai dgn perkhidmatan dio yg kadang2 mcm hampeh tu..

    ReplyDelete
  8. Jejaka Terhangat>

    Okay gak tu.. Tapi tak dapat la nak bawak gelpren tengok movie kat rumah tu.. Ke boleh bawak sekali...? Hahaha...

    ReplyDelete
  9. tak do makno e azz..
    akak ponah yo masuk..maso tingkatan limo.
    lopeh tu poi ngan sepupu2 yo..

    ReplyDelete
  10. Kak Erna>

    Hehe... Kira ehh saya ni mmg kolot la kak sobab tak ponah masuk walau sekalipun...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^