KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.
Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut.
"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.
Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.
Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.
Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu. Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.
Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA
Aku kata: Masa ada duit, sayangggggg abang... Sayangggg laling. Bila dah takde duit, babaiiiiii abang... Selamat tinggal laling... Hampeh je orang yang perangai macam ni.. Pangggg....!!!
azz..kek negori kito molambak gumah pusako kan...nasib baik la tak dongar lagi orang curi rumah posako..
ReplyDeletehahaha.part yg bwah skali tu yg lawak tu... XD
ReplyDeletemacam-macam lah dorang ni. cam tu pun boleh. dah sewa murah, lagi nak buat hal.cis
ReplyDeleteKak Erna>
ReplyDeleteKann... Molampuh rumah pusako, tapi takdo lak yang curi rumah tu.. Tu makno ehh orang negori kito ni baik-baik kak... hahaha...
SyedGraphiX>
ReplyDeleteLawak tu lawak la jugak.. Jangan sampai terkena kat ko dah la ya... huhuhu..
Cik Ina> Tu la namanya manusia tak kenal dek untung... Tak tau nak berterima kasih.. Taunya nak songlap harta orang je... ampess je kan...
ReplyDelete