Assalamualaikum....
Bercabang dua atau berkepala dua..?
Baru-baru ni ada lagi kes berkaitan dengan bayi berkepala dua yang dilahirkan di China. Lepas tu timbul lagi kisah ular berkepala dua. Pokoknya, banyak betul kes yang berkaitan dengan angka dua ni. Cuma sekarang ni yang tengah hangat diperkatakan ialah tentang angka empat ni pulak... =D
Aku hanya nak kongsikan gambar pokok bunga keladi aku yang bercabang dua ni. Tak tau la nak kata bercabang dua ataupun berkepala dua. Ni first time aku jumpa dan tengok. Maklum la, aku ni jenis yang agak malas sikit nak tanya pakcik google ni. Perasaan melihat sendiri di depan mata adalah tidak sama dengan hanya melihat gambar sahaja. Namun, ada jugak benda yang berada di depan mata kita yang kita tak ingin ataupun tak mampu nak tengok... =.='
Eeeuuwww....!!! Gerun la jugak.. Mujur takde mata... haha...
Dah macam kepala anak ular dah rupa dia. Mujur aku tak pengsan masa menyapu kat celah-celah pasu ni.. huhuhu..
Menggerutunyaaaa...
Mungkin sedang berborak sesama sendiri... LOL...
p/s: Jagailah lidah kita yang tidak bertulang ini dari menjadi bercabang-cabang... **Peringatan untuk diri sendiri.. huhuhu...
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^