Assalamualaikum...
Cara untuk sejukkan tekak serta dapat mengelakkan mata menjadi rabun...
Amalkan makan carrot ataupun minum jus carrot tu..
Beberapa minggu lepas, cuaca tersangatlah panasnya. Masa tu, akupun cakap la kat mak aku yang aku nak buat air carrot susu. Pastu, aku mintak tolong dia belikan carrot tu kat pekan sari. Maka, mak aku tu pun belikan la carrot tu. Entah berapa kilo dia beli, akupun tak pasti. Tapi nampak macam ada dua beg plastik yang dia bawak balik...
Bila keadaan cuaca dah kurang berbahang, akupun terlupa la pasal nak buat air carrot ni. Empat hari lepas, mak aku dah bising-bising, dok perli-perli aku pasal tu. Dia kata carrot tu dah nak busuk dah kat dalam peti sejuk tapi airnya tak buat-buat jugak. Maka akupun tersipu-sipu la dan cakap kat dia yang aku terlupa... =D
Hari Jumaat lepas, akupun mula la menyelongkar peti sejuk tu. Memang betul cakap mak aku pasal carrot yang dah mula nak membusuk tu.. huhuhu.. Apa lagi, malam tu jugak terus aku keluarkan blender untuk jus yang dah lama aku tak guna dan memulakan proses mengisar... hahaha...
Proses mengisar... Potong-potong carrot tu dan masukkan kat dalam lubang tu dan tekan...
Ni dia hampas carrot tadi... Kalau buat mask okay tak ehh...? Ataupun buat kek carrot...?
Ni dia pati carrot tu. Masih perlu ditapis dengan penapis teh sebab masih ada hampas halus yang tertinggal.. Tekan-tekan hampas yang kat dalam penapis tu dengan sudu..
Air carrot susu suam yang telah siap. Tambahkan pati tadi dengan air suam atau air kosong dengan purata 1 gelas pati + 3 gelas air suam atau air kosong supaya ianya tidak terlalu pekat. Pastu tambah la susu pekat manis. Kalau suka, boleh jugak tambah ais. Pastu minum la dengan cermat.. hehe..
p/s: Mata akupun dah mula rabun jugak ni... Tu la, siapa suruh mengadap laptop je.. :P
kalau kat kedai mahal tu
ReplyDelete(: saya takreti nak minum mcm tu eheh
ReplyDeleteAzz mesin pengisar ko sebijon cam cik ina punya. ko tahu cik ina suka je bab kisar carrot atau buah yang lain,tapi bab paling malas nak bersihkan mesin pengisar. itu yang duk tersimpan dalam lemari mesin pengisar tu.
ReplyDeleteAimi dan Pakcik Hashim>
ReplyDeleteMahal tu berapa hengget..? Kalau gelas besar + pekat camni, agak2 berapa dorang caj ehh..
Baik beli je mesin jus tu, bila2 masa je boleh buat. Macam2 buah boleh blend. Bukannya mahal sangat mesin ni... =)
Naurah>
ReplyDeleteAlaaa... Baby minum kat starbuck je.. Mana reti nak minum benda2 camni, kan... huhu..
Cik Ina>
ReplyDeleteHehehe.. Duduk asing2, jauh2 lak tu, boleh sama lak mesin kita tu kan...
Saya ni agak malas jugak nak mengisar buah ni.. Tapi lepas je guna mesin ni, cepat2 saya bersihkan sebab takut nanti melekat warna buah2 tu kat mesin.. Lebih2 lagi kalau kisar carrot atau limau oren.. cepat je melekat warna tu..
Nanti kalau warna dah melekat, dah tak cantik dah mesin tu... hehehe...
azz..akak tak do msin tu..bila nak buek jus tu guno blend biaso yo..lopeh tu tapih..baru tambah susu..anak2 yo suko..akak tak minum pun..
ReplyDeleteKak Erna>
ReplyDeleteKat rumah ni cumo ado satu yoo blender biaso tu.. Kalau guno kang kok raso podeh lak air keret tu... hehe..
Rajin akak blender.. Minum la kak.. Sooodaaapppp... hehehe..
(: eh tklah hehe , tak pernah try kalau akak blanje air ni , sedap lah kot hehe
ReplyDeleteNaurah>
ReplyDeleteKalau Baby yg belanja, lagiiii sedapp... kihh3..