Assalamualaikum...
AKU DAN DIA..
Aku dan Dia... sama..
1 Matlamat, 1 Tujuan, 1 Wawasan..
Aku perantau sejati, harus tahu bawa diri..
Ingin berdikari, merubah nasib sendiri..
Di mana aku ditempatkan..
Tak menjadi persoalan..
Di situ adat dikendong..
Di situ juga budaya dijunjung..
Aku anak jantan, tak gentar cabaran..
Ranjau dan duri dah aku redah..
Laksana manau, seribu kali embat..
Haram tak patah..
Semua itu aku tak kisah..
Asalkan kehidupanku berubah..
Jasa dia tidak terbilang..
Dia bersamaku susah dan senang..
Dialah sebenar 'Peneroka'..
Dialah perintis, dialah 'senior'..
Dia yang memulakan segalanya..
Menentukan sempadan 4 penjuru..
Memecah kesunyian malam nyanyian rimba..
Ada dahan teguh tempat bergantung..
Pohon yang rimbun tempat berteduh..
Benih yang baik, jatuh ke laut kan jadi pulau jua..
Dan aku..
Kan perjuangkan hingga selesai..
Bakti Di Semai, Bukti Di Tuai..
Kata keramat itu sudah terungkai..
Tanpa dia, entah aku di mana..
Dialah FELDA..
Hanya 1 di Dunia..
Terima kasih pada rang tua..
Terima kasih pada semua..
Yang memberi restu, yang menentu arah tuju..
Doa kalian tiada hijab..
Kehidupan selesa telah tersingkap..
Aku bersujud pada yang Esa..
Aku bersyukur jadi 'Peneroka'..
Dari tak punya apa-apa, kini mempunyai segala..
Inginku ucapkan sepatah kata..
'Selamat Hari Peneroka'..
Buat Aku, Dia, dan insan-insan yang bergelar 'Peneroka'..
Nukilan: Pelangi Senja
Utusan Malaysia
Khamis 7-07-11
p/s: Alhamdulillah. Terima kasih di atas segala limpahan rahmatMu ini Ya Allah. Semoga kami generasi FELDA yang seterusnya akan terus sabar dan tabah dengan segala dugaan yang melanda, sebagaimana tabahnya hati kedua orang tua kami sewaktu mula-mula memasuki dan menerokai bumi bertuah ini..
hai azz..selamat hari peneroka pada makayah kt kg..sy pn anak peneroka jgk..btw salam perkenalan..jemputla jengah blog sy..heehhehe
ReplyDeletebeautiful.anggun2u>
ReplyDeleteHaii... tenkiu sudi singgah ya..
Salam perkenalan jugak.. :)