Pages

Saturday, August 6, 2011

Menu berbuka puasa hari keempat...

Assalamualaikum...

Menu berbuka puasa hari keempat...

Hari ni dah masuk hari keenam berpuasa, tapi menu ni merupakan menu berbuka puasa masa hari keempat hari tu. Saja je nak letakkan gambar kat sini... :P

Asalnya aku nak buat ikan kembung masak kicap tapi berubah arah di saat akhir. Entah la, rasa kembang semacam pulak tekak aku bila sebut masak kicap ni.. huhuhu... Sudahnya, jadi la sambal kembung.. :)

Mudah je nak buat. 

Goreng ikan macam biasa. Lepas tu tumiskan 2 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah + seketul halia sampai naik bau. Lepas tu masukkan 3 sudu makan cili kisar dan kacau. Biarkan sehingga cili betul-betul garing. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa + sedikit kicap manis + sedikit garam. Kacau sebati. Lepas tu masukkan hirisan 1 labu bawang besar. Kacau-kacau lagi dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Siap... :D

Lepas tu aku buat salad kobis ni. Ikut suka hati aku je penyediaan dia.. haha...

Salad kobis..

Kobis diracik-racik. Cili benggala dan bawang besar dimayang atau potong dadu. Kemudian basuh kesemua bahan ni dan toskan. Lepas airnya kering, barulah dicampurkan dengan beberapa sudu mayonis. Gaul rata. Taburkan sedikit garam + serbuk lada putih dan gaul sebati. 

Ingatkan takde orang yang nak makan salad kobis ni. Tup-tup licin la pulak. Lepas tu buat lagi sebab ada lebihan kobis racik tadi. Tup-tup licin jugak.. Suka jugak dorang ni makan sayur mentah macam ni ehh... hikhikhik..

p/s: Dah hampir seminggu puasa tapi aku belum jenguk lagi bazaar ramadhan kat sini. Takde selera pulak nak menjenguknya... adehhh...

2 comments:

  1. sama la kita kak azz,noona masak sndrik je juadah tu. tp org sllu bgi juadah dari bazar kt saya.. :hihi

    masak sndri pon lagi jimat kan? lau x tau nk masak menu pe,bru gi carik kt bazar..hoho

    ReplyDelete
  2. noonaQQ>

    Kalau ada orang bagi, tu dah kira rezeki Noona la tu.. Kena banyak2 bersyukur tu... :)

    Kalau ada peluang untuk masak tu, masak la.. Banyak kebaikannya masak sendiri ni.. Salah satu daripadanya ialah boleh ulang makan berapa kali yg kita nak... hahahaha...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^