Pages

Friday, August 26, 2011

My biskut raya: Coklat chips...

Assalamualaikum...

My biskut raya: Coklat chips...

Aku baru je siap buat biskut coklat chips ni. Dah dekat pukul 4.30 pagi dah ni tapi aku belum tidur lagi.. huhu.. Nampak gayanya lepas subuh nanti aku pulun tidoq sampai tengahari.. Konon-kononnya nak balas dendam la... haha.. Itupun kalau dapat lena dengan sempurna.. :P

Biskut ni aku buat tiga adunan sekali gus. Itupun dapat ciput je iaitu cuma dapat sebalang je.Tak aci betul. Patutnya kalau buat tiga adunan, mestilah dapat tiga balang, kann... haha.. Aku dah siap selotep dah balang tu dan sorokkan dulu biskut tu. Dah nak raya nanti baru aku keluarkan. Kalau aku biar camtu je, konpem sebelum raya lagi dah kosong dah balang tu nanti. Maklum la, rumah aku ni ramai askar. Ada la dalam satu batalion. Masing-masing jenis pemakan lak tu... :D


Ni masa mula-mula buat. Aku tak tekan sangat. Tu yang nampak macam tebal je tu. Tapi biskutnya tetap rangup.. Krupkrapkrupkrap... :-)

Yang ni selepas dua kali tekan dengan garfu secara bersilang. Nampak la macam ada seni sikit... kehkehkeh...

Sebalang ni je dapat. Rasanya dalam 150-160 biji kot.. Pastu ada la lebih dalam 15 biji.. Kejap lagi licin la yang 15 biji tu.. =))

Okay la, aku arek turu dulu... Daaaa.... (-__-)

p/s: Kalau ada yang nak resepi, cari aje kat blog dapo aku tu. Tanya je kat atok Google yang jaga kat situ. Aku tengok mak aku macam suka je makan biskut ni. Kiranya lulus la aku buat biskut ni walaupun rupanya buruk macam rupa aku jugak... =,='

6 comments:

  1. fuyoooo askar satu batalion kaki pelahap.... haha....
    cam sedap jer cookies kak azz ni...

    ReplyDelete
  2. wah mcm sedap je kak azz.. t sikit je dpt ek? hehe

    ReplyDelete
  3. Alepridz.

    Biasa la.. Budak2 tengah nak naik, memang la pelahap.. Ko dulu pun mcm tu jugak, kann... haha..

    Opkos la sedap cookies ni, kalah cookies mak ko... hahaha... :lari

    ReplyDelete
  4. Teha Nur Fateha>

    Memang sedap la Teha.. Bukan nak puji, tp memang realiti.. Cuba la buat ikut resepi tu... Takde manis sangat... Mak akak kalau kuih manis sangat ni dia tak suka.. Tp yg ni elok je dia makan, maknanya dia suka la tu.. hehe...

    Ha'ah la, dapat sikit je.. Tapi kalau nipis/kecikkan bebola tu mungkin dapat banyak kot..

    ReplyDelete
  5. kak azz,bak dua balang :D

    ReplyDelete
  6. ReYnn>

    Bolehh.. Nak 5 balang pon takpe.. Tapi balang kosong je laa...

    :XD

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^