Assalamualaikum...
A long story of my anak angkat...
Ini kisah anak angkat aku yang baru. Kesian kat dia. Ditinggalkan dalam keadaan masih kecil dan kelaparan... huhuhu...
Hari tu, sewaktu aku ke rumah jiran untuk memberikan semangkuk gulai siput sedut, aku ternampak la si kecil ini bersama dengan ibunya (mungkin) sedang mengiau-ngiau di depan pintu dapur jiran aku tu. Disebabkan aku takut dia termasuk ke dalam longkang, tambahan pula masa tu hari asyik hujan je, maka akupun naikkan dia ke tembok kaki lima yang tinggi sedikit. Cepat-cepat aku angkat dia sementara menunggu jiran aku tu membuka pintu setelah aku memberi salam..
Aku pura-pura tanya, anak kucing siapa ni..? Lantas jiran tadi menjawab, entah la.. Siapa punya kucing entah.. Ada lagi sekor tadi.. Mana entah dia pergi... Iskkk... Dan selepas menghulurkan mangkuk gulai tadi, akupun balik la ke rumah... Namun dalam hati aku berkata jugak, tak lama lagi anak kucing ni mesti dah takde kat rumah dia...
Selang dua hari lepas tu, jiran tadi datang bertandang ke rumah aku. Kebetulan petang tu ada beberapa orang sedang lepak kat depan rumah aku tu.. Sambil borak-borak, dorang makan rambutan dan duku. Dan, anak kucing tadi ada ikut dia sekali. Ahh sudah.. Ni mesti kes nak selamatkan diri dari anak kucing tu.. Aku dah faham sangat dah sikap jiran aku yang tak suka kucing ni..
Disebabkan kereta selalu keluar masuk kat rumah aku tu sebab adik-adik aku balik bercuti, dan anak kucing tadi tersangatlah kecilnya, maka akupun pegang la dia sekejap. Tak lama lepas tu, jiran tadipun dengan selambanya balik la tanpa sedikitpun bertanyakan tentang anak kucing yang ikut dia tadi.. Hmmm.., dah agak dah.. Nampak gayanya terpaksalah aku bela si kecil itu..
Petang tu jugak aku terus masukkan anak kucing tadi ke dalam sangkar. Lepas maghrib aku terdengar suara dia mengiau kat luar bilik aku ni. Ni mesti ada orang yang keluarkan dia dari sangkar ni sebab tak tahan nak dengar suara dia yang nyaring tu.
Akupun ambil balik kucing tu sambil mulut membebel. Siapa yang letak anak kucing ni kat luar..? Orang dah masukkan dalam sangkar, pandai-pandai je letak kat luar.. Takde siapa yang nak mengaku. Tau takut... Akupun belek-belek badan dia sebab dia asyik menangis je. Aku tengok ada dua ekor kerengga dan beberapa ekor semut melekat kat bulu dia. Mungkin semut tu gigit dia masa dia diletakkan di luar rumah tadi. Dan akupun turut sama menangis semasa membersihkan badan dia yang sedang menggigil-gigil tu. Tak tau kenapa, tersentuh sangat hati batu aku ni...
Selang dua hari lepas tu pulak, mak aku bawak balik sekor lagi anak kucing sebaya si kecil tadi. Mungkin adik-beradik dia kot. Bangun pagi tu aku tengok dah ada dua ekor kat dalam sangkar. Tapi keadaan yang sekor tu memang menunggu masa je. Lembik semacam. Aku tanya mak aku, mana dia dapat kucing tu. Mak akupun cakap dia ambil kucing tu kat tiang pagar rumah jiran aku tu. Dia kata kucing tu mengiau-ngiau sambil memeluk tiang tu. Lagi la sayu hati aku.. Tapi, aku tak nangis depan mak aku.. Malu la aku nanti, kan... ;)
Walaupun kucing yang sekor tu memang takde harapan nak hidup, namun aku tetap bagi dia minum susu. Mujurlah adik ipar aku ada bawak lebih syringe. Jadi, dapatlah aku bagi dorang minum susu dengan menggunakan syringe tu. Namun, dua hari lepas tu, kucing yang lemah tadipun mati. Maka tinggallah yang sekor tu dan aku kurung dia kat dalam sangkar sementara nak tunggu dia besar sikit.
Begitulah kisah anak angkat tu. Nama diapun aku tak letak lagi. Dah pening nak cari nama.. ehehh..
p/s: Tak suka kucing tu tak mengapa.. Tapi apa la salahnya bagi dorang makan ataupun minum. Setakat belikan susu tepung tu berapa sangat la harganya. Duit berkepuk bukan boleh bawak masuk kubur... (=,=" )
kak azz...pakai botol susu yg ada bebola tu, kesiannya...za xleh la :( sedih za! klau za tgk mmg za akan bwk balik ni ==''
ReplyDeleteterima kasih kak azz sbb syg kucing tu :(
Akak sangat mulia. Sedih baca cerita ni
ReplyDeleteAzz..comel tu azz..alhamdulillah dapek jumpo orang macam azz ni yang penyayang ngan kucing..
ReplyDeleteTahniah mak angkat yg baik hati! semoga Allah memurahkan rezeki kak azz...
ReplyDeleteZa>
ReplyDeleteAkak pakai syringe tu je.. Okay gak guna benda alah tu.. Sikit hari lagi pandai la dia minum susu dari bekas tu..
Sedih, kan... huhuhu...
mmy_al69>
ReplyDeleteAkak cuma membantu setakat yg mampu je... Kesian, kan...
Kak Erna>
ReplyDeleteComel2 pon kono buang gak kak.. huhuhu..
Sey ni takdo la ponyayang sgt kek kucing kak.. Cumo kosian yo tgk dio tu... Kocik2 lg dah kono buang...
Angah>
ReplyDeleteTerima kasih atas doa Angah tu.. Mudah2an Allah murahkan rezeki yang halal kepada kita semua agar boleh dipanjangkan rezeki tu.. Amin..
azz, kucing ni pun pembawak rozoki. kito bagi dio rumah dan makan, dio doakan kito. Kito yo yang tak donga...
ReplyDeleteKak Pah>
ReplyDeleteBoto tu kak.. Mungkin sobab tak donga doa tu ghamai yang buang kucing ni..
Sodangkan kalau kito bagi dorang minum pun dah dapek pahalo, ni kan pulak kito bagi tompek tinggal dongan makan sokali..